Sihat By: Ad Ops September 18, 2018 @ 6:00pm

Inilah 7 Video Picit Jerawat Yang Paling Memuaskan Setakat Ini Untuk Tahun 2018

Bila kita ada jerawat di muka, puas betul bila kita dapat picit hingga keluar nanah.

Tapi tak sangka pula ada segelintir manusia yang suka menonton video-video di mana jerawat dipicit dengan jayanya. Aktiviti yang dipanggil pimple popping ini ada peminatnya!

Ada yang suka penanggalan bintik hitam. Ada yang suka pembedahan lipoma (benjolan berisi lapisan lemak) yang kompleks.

Peminat lain pula suka letusan sista (cyst) kulit. Yang ini yang paling ekstrem!

Ada beberapa jenis sista kulit, tapi semuanya adalah ketumbuhan yang berisi cecair atau (separa-cair) yang datang dari dalam badan. Bila mereka dipicit, mereka boleh menjadi video pimple popping yang menarik!

Dan bila bercakap mengenai video-video ini, nama pakar kulit Dr. Sandra Lee mesti naik. Maklumlah, doktor dari California ini dikenali sebagai Dr. Pimple Popper dan mempunyai rancangan realitinya yang tersendiri.

Bagi anda yang minat, di bawah ini ada 7 video yang anda perlu check out kerana mereka dikatakan adalah video-video pimple popping terbaik setakat ini untuk tahun 2018.

Awas! Jika anda tak tahan, jangan tengok, tau!

1. Epidermoid Cyst

Sista ini merupakan ketumbuhan yang penuh dengan keratin, sejenis protein dalam kulit kita. Ia terkandung dalam sebuah kantung. Seringkali isi kandungan sista ini nampak macam keju cair atau oatmeal. 

Jika nak hapuskan sista ini, anda kena buang sekali kantung tersebut. Kalau tak ia akan datang balik, walaupun anda dah picit banyak kali.

2. Sista terbesar bagi Dr. Pimple Popper

Dalam episode kedua rancangan realiti Dr. Lee, pesakit bernama Ronen memintanya untuk buang sebuah sista yang dah wujud berdekad-dekad lamanya di kakinya.

Sandra kata ia merupakan sista terbesar yang Dr. Lee pernah nampak. Sebaik saja dia potong, keratin yang nampak macam cottage cheese melimpah keluar!

Malangnya, video ini tak boleh didapati di media sosial tapi anda boleh lihat sneak preview episode tersebut di dalam video di bawah. 

Kalau nak, anda boleh stream keseluruhan episode itu di laman web TLC.

3. “Mutiara” yang terperangkap di bawah kulit

Picitan sista tak semestinya kena meletup atau nampak dramatik. Pakar kecantikan Josefa Reina dah mengumpul lebih 400,000 subscriber YouTube dengan berkongsi video pimple popping yang langsung tak dramatik. Salurannya penuh dengan video-video yang soothing dan dilatarbelakangkan dengan lagu klasikal.

Di dalam video ini, Josefa dengan lembut mengeluarkan beberapa milia (sista kecil yang nampak macam “mutiara”). Mereka tak merbahaya dan tak perlu dirawat tapi anda boleh pilih untuk mengeluarkannya.

4. Sista di dalam tengkuk

Dr. Geoff Butler adalah seorang doktor keluarga di Kanada yang mengisi saluran YouTube miliknya dengan pelbagai jenis video perubatan, termasuklah letusan sista.

Di dalam video ini, Dr. Butler membuang sebuah sista epidermoid yang terletak dalam leher seorang pesakitnya. Picitan yang memuaskan berlaku di minit ke 6:05. Selepas minit ke 6:42, Dr. Butler dengan mahirnya picit keluar sista dan kantungnya sekali harung.

5. Sista yang meradang

Dalam sebuah video yang dikeluarkan pada Februari, Dr. Lee merawati isu kulit yang jarang ditampilkan di saluran YouTube miliknya: sista yang merah dan meradang.

Daripada mengeluarkan sista itu sepenuhnya, Dr. Lee pilih prosedur memotong kulit dan mengeluarkan cecair di dalamnya. Kaedah yang lebih lembut ini membantuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada sista itu.

Bila kandungan sista itu akhirnya mengalir keluar (di minit 4:50), ia keluar dalam bentuk tiub petak, mengikuti potongan (incision) yang Dr. Lee lakukan pada kulit pesakitnya.

6. Sista yang meletup

Setakat ini, video ini merupakan video sista yang paling diundi di laman Reddit. Ia didatangkan khas oleh akaun Instagram, Dr. Zit Zapper, yang dikendalikan oleh pakar kulit di California Dr. Steven E. Hodgkin.

Ia menampilkan sista di pipi yang meletup sepanjang prosedur pimple popping ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr ZitZapper (@drzitzapper) on

7. “Fidget Spinner” di kepala pesakit

Ini satu lagi video daripada koleksi Dr. Lee. Ia menunjukkan pengeluaran pilar cyst yang sudah ada pada kepala seorang wanita selama 20 tahun.

Sista ini nampak sama macam epidermoid cyst, tapi 90% daripadanya timbul di atas kulit kepala. Ia juga penuh dengan keratin.

Apa yang membuatkan picitan ini unik adalah bentuk segi tiga sista yang dikeluarkan. Di penghujung video ini, Dr. Lee memberi komen yang ia nampak macam fidget spinner, barang mainan yang tiba-tiba popular pada tahun lepas.

Video ini mula jadi menarik di sekitar minit 3:25.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2020
Sihat Thu, 20 Sep 2018

Hati-Hati Para Ibu Hamil, Sakit Gigi Boleh Menyebabkan Keguguran Janin!

Ibu hamil yang mengalami sakit gigi juga boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Featured Wed, 2 Oct 2019

Sinaran matahari tingkatkan risiko katarak atau kanser mata

Bukan kulit saja yang anda kena lindung daripada sinaran UV!

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Sihat Mon, 10 Dec 2018
Sihat Tue, 25 Sep 2018
Featured Wed, 27 May 2020
Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat