Sihat By: Shaidah Shafie November 17, 2019 @ 11:53pm

Penjagaan kawasan intim perlu demi kesihatan dalaman

Bagi wanita, kulit wajah perlu dijaga rapi dan dibelai sentiasa agar kekal lembap, cerah serta lambat dimamah usia, tetapi bahagian badan yang lain seperti kawasan intim juga perlu dijaga rapi.

Meskipun kawasan berkenaan terlindung dan dianggap bebas daripada sebarang ancaman kotoran, sebenarnya ia juga perlu diberi penjagaan rapi demi menjamin kebersihan dan kesihatan organ serta kulit di kawasan berkenaan.

Sebagaimana kulit pada bahagian wajah yang perlu dibersihkan, diberi pelembap dan disapu losen mahupun krim, kawasan intim juga memerlukan set penjagaan yang tidak kurang penting.

TWO L(I)PS menyediakan produk penjagaan di kawasan intim. Gambar ihsan TWO L(I)PS.

Pengasas produk penjagaan kawasan intim, TWO L(l)PS, Cynthia Chua, berkata beliau mahu setiap wanita memberi perhatian yang sewajarnya terhadap anggota badan mereka yang sering diaggap terlarang untuk dibicarakan secara terbuka

“Saya melihat lebih ramai wanita yang mula mengasihi tubuh mereka  dan bagi saya, ia bermakna keyakinan. Ini membuka pintu dan memberi inspirasi kepada saya bahawa ramai wanita sedia berkogsi pandangan yang saya miliki mengenai perbualan terbuka menyentuh bahagian sulit wanita yang lembut itu.

“Sekiranya anda bersedia meluangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, ia membuka lebih banyak kemungkinan dan jalan serta membolehkan anda menemui semula diri anda sepanjang perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

Cynthia berkata, membangunkan rangkaian penjagaan intim  yang laris adalah satu usaha yang mustahil dan pihaknya adalah antara yang terawal di pasaran menawarkan produk seumpamanya.

“Ia bukan hanya mengenai penjagaan bahagian bawah wanita. Tetapi turut menawarkan pilihan yang menggalakkan anda memberi penjagaan tambahan terhadap kulit anda daripada hujung rambut ke hujung kaki.

“Saya sendiri tidak suka apabila mengalami lebam kerana kulit saya sangat sukar untuk dirawat dan cenderung alah kepada produk di luar sana, jadi saya mengambil peluang membangun dan merumuskan serum menggunakan beberapa bahan herba kegemaran yang berkesan, tetapi lembut,” katanya.

Set penjagaan kawasan intim diperkenalkan TWO L(I)PS merangkumi beberapa produk iaitu Bumpps, Blackout dan Pout yang berfungsi menjaga keharmonian kawasan berkenaan.

Bumpps  (RM290/50ml) 

Sesuai digunakan jika berhadapan dengan masalah jerawat kecil di sekitar bahagian intim.  Gambar ihsan TWO L(I)PS.

Diperkaya dengan  eksrak ubi garut, kamomil dan pati minyak daun teh tree untuk menyasar keradangan folikel rambut dan melawan keradangan selain menjadikan kulit bersih dan cerah. Bumpps juga sesuai digunakan pada kulit wajah untuk mengawal Zon T yang berminyak dan mengurangkan kemunculan bintik hitam. Bumpps merawat folikulitis tahap permukaan, yang dikenal pasti sebagai benjolan kecil dan merah.

Blackout (RM350/lima helaian dalam satu kotak)

Pupur khusus untuk kawasan intim yang memberikan kelembapan pada kulit.  Gambar ihsan TWO L(I)PS.

Topeng arang aktif pertama di dunia untuk vulva, mengandungi bahan botani organik seperti likoris putih, cornflower, elderberry, kekwa, kenanga dan lidah buaya untuk mendetoks, menenangkan, mencerah dan melembapkan kawasan intim sekali gus merangsang saliran limfa serta menyegarkan kawasan itu agar lebih lembut dan menyenangkan. Bumpps juga berfungsi merawat folikulitis pada  permukaan kulit di sekitar vagina yang dikenal pasti sebagai benjolan kecil dan merah, namun jika bernanah pengguna perlu mendapatkan rawatan di klinik.

Pout (RM390/30ml)

Serum TWO L(I)PS memberi kelembapan pada kulit.  Gambar ihsan TWO L(I)PS.

Serum penghidratan yang berfungsi melembapkan kulit, ia dibekalkan dengan asid hyaluronik tulen untuk penghidratan mendalam dan segera.

Produk TWO L(I)PS diuji secara dematologi dan ginekologi serta diakui selamat untuk digunakan di kawasan intim serta pada bahagian tubuh yang lain juga. Ia boleh diperolehi di Strip Bangsar Village ll, The Curve, Sunway Pyramid, Solaris Dutamas dan KLCC.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jun 2019
Sihat Wed, 19 Sep 2018

Wanita Mudah Naik Hantu Bila Nak Period, Kenapa Ya?

Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron punca utama perubahan emosi wanita.

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Tue, 10 Sep 2019

Rawatan pergigian yang cepat dan tidak menyakitkan

Air polishing, spa gigi yang cepat dan selesa!

Sihat Tue, 17 Sep 2019
Sihat Thu, 25 Apr 2019

5 jenis sayur yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Elak makan kimchi macam makan ulam, bimbang diserang darah tinggi!

Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa

Sihat Thu, 30 Jan 2020
Featured Sat, 16 May 2020