Categories: Sihat

Posisi Tidur Ibu Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut? Doktor Ini Jelaskan

Adakah anda tahu bahawa posisi tidur yang salah boleh menyebabkan bayi mati mengejut dalam kandungan? Jika masih tak tahu, teruskan membaca artikel ini ya!

Melalui perkongsian Dr. Muhammad Eizat di laman Twitternya, ibu yang tidur dalam posisi terlentang akan meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali (tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi boleh mati secara tiba-tiba).

Menurut kajian klinikal yang menyatakan bahawa posisi tidur terlentang boleh mengganggu peredaran darah kembali kepada jantung yang disebabkan rahim makin membesar. Makin besar rahim, makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah (inferior vena cava).

Foto: Hello Sehat

Ini bermakna, lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya pengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuklah darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta atau uri.

Selain itu, baring secara terlentang juga akan menyebabkan kurangnya darah sampai atau ‘pulang’ ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang sekaligus mengurangkan pergerakan darah sampai ke organ-organ penting.

Posisi tidur yang dicadangkan

Foto: Teraskarawang.com

Pasti anda tertanya-tanya, posisi tidur yang mana satu lebih selamat kan? Untuk pengetahuan anda, posisi tidur mengiring kiri (left lateral) adalah lebih selamat untuk ibu hamil. 

Kajian telah membuktikan bahawa ibu hamil yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu akan membuatkan pengepaman jantung (ejection fraction) meningkat sebanyak 8%. Manakala, ibu hamil pada usia 32 minggu, tidur dalam posisi mengiring kiri akan mengepam jantung naik sebanyak 11%.

Jadi, dinasihatkan kepada anda yang sedang hamil, tidurlah dalam posisi mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga (ataupun perut dah besar) kerana ia akan mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%.

Jangan memandang ringan tentang perkara ini ya!

*** Jangan tidur dalam keadaan meniarap. Risikonya sama seperti tidur terlentang!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Dr. Muhammad Eizat

tex_admin