Menerusi pengumuman yang dibuat pada laman Facebook rasmi Mi Malaysia, syarikat gergasi dari China itu kini melangkah setapak lagi dengan penyenaraian di dalam Bursa Saham Hong Kong.
Sejak diasaskan 10 tahun lalu, Xiaomi telah mengecapi pelbagai kejayaan, dari sebuah syarikat internet dan telefon pintar kepada pembuat pelbagai barangan termasuk perkakasan rumah pintar.
Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, Mi Malaysia bakal mengadakan satu promosi bermula hari ini, 9 Julai 2018sehingga 31 Julai 2018, yang mana ia melibatkan model Redmi Note 5, peranti dilengkapi tetapan dwi kamera yang cukup ampuh dalam kelasnya.
Promosi yang disebutkan adalah;
Tidak cukup dengan itu, Mi Malaysia turut mengadakan satu pertandingan “The Camera Beast” dimana pemilik Redmi Note 5 boleh mengetengahkan bakat mereka dalam mengambil gambar.
Pertandingan ini juga akan mula berjalan pada tarikh yang sama iaitu 9 Julai 2018 dan tamat pada 31 Julai 2018.
Hadiah menarik menanti pemenang seperti Mi Band 2, Powerbank 2, dan juga Mi Selfie Stick. 8 orang peserta dengan gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Cara untuk memasuki pertandingan ini mudah sahaja, ambil gambar mengikut kreativiti anda, muat naik ke Facebook serta Instagram dan jangan lupa sertakan tanda pagar#ShotOnRedmiNote5.
Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos hadapan. Tidak terhad kepada hadiah sahaja, pemenang juga akan dijemput ke acara fotografi yang diserta jurugambar antarabangsa Mars Khor juga social media influencer, Jeii Pong.
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?