Categories: Trending

Ernie Zakri Pilih Elemen Klasik Dalam Zapin Lebaran

Walaupun baharu sahaja bergelar ibu kepada puteri comel, Nur Khawla Soleha, penyanyi Ernie Zakri hadir dengan single Raya solo berjudul ‘Zapin Lebaran’.

Single terbabit merupakan hasil ciptaannya sendiri dengan penyanyi dan penggubah lagu berbakat, Yuka Kharisma.

“Alhamdulillah, perasaan gembira itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila menimang cahaya mata pertama, saya juga turut merasa sedikit gementar kerana tidak sabar hendak membesarkan puteri sulung kami.
“Walaupun sekarang saya sedang fokus dengan anak, namun naluri seni saya terpanggil untuk merakamkan lagu Raya baharu pada tahun ini,” katanya.

Menurut Ernie, ini merupakan single Raya solonya yang pertama kerana sebelum ini beliau belum berkesempatan berbuat demikian.

“Sudah lama saya idamkan hendak merakamkan lagu Raya sendiri, lalu saya mempelawa rakan pemuzik, Yuka Kharisma untuk turut serta dalam penghasilannya.

“Kami mengambil masa selama beberapa hari sahaja untuk mencipta lirik dan melodinya, manakala proses rakamannya pula dilakukan di rumah saya ketika masih lagi berpantang,” kongsi Ernie.

Zapin Lebaran mengangkat martabat irama tradisional Melayu asli berentak zapin yang diperindahkan lagi melalui alunan petikan instrumen gambus yang menggamit nostalgia Raya zaman dahulu kala.
“Saya terinspirasi menciptakan lagu ini kerana pandemik COVID-19 yang melanda kita semua, hampir dua tahun kita diduga dan dua tahun jugalah kita tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta dan rakan taulan.

“Zapin Lebaran bermaksud sambutan meraikan hari kemenangan kita sebagai umat Islam, bukan sahaja dari menahan lapar dan dahaga, tetapi juga ujian dari yang Maha Kuasa.

“Mungkin ada sinar harapan pada tahun ini apabila dapat merasa kembali suasana Raya setelah beberapa tahun tidak dapat menjenguk keluarga yang berada jauh di kampung halaman,” katanya lagi.

Padin