Trending By: SGMS Enal December 7, 2017 @ 2:33pm

Guna Kaki Untuk Lakukan Rutin Harian Wanita

Jika wanita-wanita negara China yang lain sedang sibuk mengejar harta dan kekayaan untuk menjalani pembedahan plastik tapi tidak bagi Yang Li seorang gadis kurang upaya yang menyentuh hati berjuta-juta penonton dengan berkongsi kehidupan hariannya.

Yang Li, 27 seorang gadis yang tidak mempunyai tangan namun mampu melakukan kerja seperti orang biasa seperti membasuh, memasak, makan, membeli-belah dan menyolek boleh dilakukan, dengan menggunakan kakinya.

Dia yang kehilangan kedua-dua lengannya akibat kemalangan kabel voltan tinggi ketika umurnya empat tahun.


“Saya belajar menyolek di universiti. Rakan saya semuanya menggayakan kening dan memakai gincu dan mereka nampak cantik,” katanya.

Selepas berkongsi video yang pertama pada Julai lalu, videonya tular di media sosial sehingga dua juta mula mengikutnya dan memanggilnya ‘bidadari tanpa sayap’ atau ‘wanita inspirasi’.

Menurutnya, dia tidak pernah menyanyi, membuat lawak, atau berpura-pura menjadi comel dalam videonya tetapi dia hanya menunjukan kepada pengikutnya bagaimana dia menjalani hidupnya.

Dia yang tidak pernah meminta hadiah atau ganjaran daripada pengikutnya, namun sesetengah orang mengkritiknya kerana dikatakan mengambil kesempatan daripada kecacatannya untuk mengemis. Tapi komen itu tidak menjejaskannya.

“Orang biasa boleh membuat siaran langsung, kenapa saya tak boleh? Saya tidak terjejas dengan komen itu.

“Kebanyakan orang memberi galakan kepada saya. Saya dapat rasai penghormatan dan kebaikan mereka. Sebagai OKU, saya mendapat pengiktirafan daripada masyarakat yang diingin sejak zaman kanak-kanak,” katanya.

“Bidadari tanpa sayap” ini juga ingin menyebarkan mesej kebaikan menerusi kehidupannya.

Jika saya menjatuhkan sesuatu di jalan selalu ada seseorang yang membantu saya, saya berkongsi detik-detik dalam video saya supaya lebih banyak orang dapat mengalami kebaikan ini,” katanya.

Tambahnya, ibunya mengajarnya menggunakan kaki untuk melaksanakan kerja yang dianggap mustahil kepada orang lain seperti makan dengan penyepit, memberus gigi dan menulis.

Yang masih ingat waktu dia menghabiskan makanan dalam masa dua jam selain menggunakan kaki untuk menyelesaikan kerja sekolah pada musim sejuk dengan suhu -5 Celsius.

Namun, ibunya selalu meberitahunya, perkara yang sukar akan menjadi mudah.

“Ketika itu, ibu mengajar saya untuk berdikari supaya dapat menjaga diri apabila berseorangan satu hari nanti,” katanya.

Jelasnya, kaki dan tulang belakang Yang menjadi cacat selepas amalan 20 tahun ini dan kerja keras

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Apr 2021
Cahaya Mata Thu, 29 Dec 2022

Luangkan Masa Bersama Keluarga, Elyana Ajar Anak Naik Public Transport

Penyanyi Elyana dan suami, Khairul Anuar Husin membawa anak-anak mereka, Cinta Sumayah dan Cahaya Ramadhani bersiar-siar di sekitar Kuala lumpur dengan menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).   View this post on Instagram […]

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Featured Wed, 13 Apr 2022

Terangsang Bila Mandikan Anak… Bapa R*gol Anak Usia 7 Tahun, Akui Tersilap!

Allahuakbar… tergamak buat dekat anak sendiri macam tu!

Trending Sun, 15 Jul 2018

Reka Cincin Untuk Tunang, Bekas Kekasih Justin Bieber Tak Hairan

Justin terlibat mereka bentuk cincin pertunangan dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya.

Trending Tue, 6 Apr 2021
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, […]

Trending Wed, 11 Mar 2020
Featured Wed, 19 Apr 2023
error: Content is protected !!