Anggun Bertudung Selepas Pulang Tunai Haji, Penampilan Tengku Permaisuri Selangor Curi Tumpuan Netizen! – “Cantik Bertambah Seri…”

Penampilan terkini Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang anggun berhijab menjadi perhatian serta mendapat pujian orang ramai.

Terbaharu, TPS berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara, baru-baru ini dengan menggayakan busana serba merah jambu berselendang dan memilih tudung bawal sebagai pelengkap gaya.

Ternyata penampilan itu tampak elegan dan menawan apabila ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap imej TPS di ruangan media sosial.

Rata-rata pengguna memuji penampilan TPS ini dan mendoakan agar baginda terus istiqamah.

Terdahulu, TPS turut menarik tumpuan apabila memilih untuk mengenakan hijab ke beberapa majlis.

Imej anggun baginda mula dilihat mengenakan hijab selepas berangkat pulang ke tanah air daripada menunaikan ibadah haji pada awal Julai lalu.

Khairil Khusyairi