[VIDEO] Kecoh Ustazah Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Lelaki Di Acara Anjuran Neelofa… Ada Yang Persoal, Ada Juga Kata Tiada Masalah

Tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang pendakwah terkenal iaitu Ustazah Norhafizah Musa yang berkongsi sebuah doa pada sebuah acara khusus untuk para wanita baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di X, Norhafizah dipercayai mengajarkan kepada wanita yang hadir ke acara tersebut mengenai doa agar alat kelamin suami kuat dan kekal tahan lama.

Norhafizah turut meminta wanita yang hadir di acara tersebut supaya merakam video untuk diajar kepada suami kelak.

“Rekod jelah, tapi nanti nak ajar suami ye,” katanya.

Difahamkan, acara tersebut adalah acara anjuran selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa bagi melancarkan produk kesihatan wanita.

Ternyata perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai pengguna X.

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir yang meluahkan rasa kurang senang apabila pendakwah tersebut berkongsi doa itu kepada wanita.

Namun, ramai juga yang berpendapat perkongsian doa oleh Norhafizah tersebut tidak menjadi kesalahan sebaliknya satu ilmu baharu untuk dipelajari.

Khairil Khusyairi