Categories: Trending

Selepas Hilang Ribuan ‘Followers’ Gara-Gara Ulasan Isu Palestin, Syamimia Dianggap Tak Layak Jadi ‘Influencer’

Pempengaruh Syamimia sekali lagi menerima hentaman hebat dalam kalangan peminat selepas kehilangan ribuan pengikut di media sosial.

Terbaharu, rata-rata netizen menyifatkan Syamimia atau lebih mesra disapa sebagai Mimi tidak layak digelar sebagai influencer susulan ulasannya berkenaan isu Palestin dianggap lari dari konteks dan melalut.

Hasil tinjauan di ruangan komen XTRA, sesetengah netizen turut menganggap ulasannya ketika menyebarkan kesedaran berkaitan isu tersebut seperti ‘sarcastic’ dan menghentam semula warganet.

Sebelum ini, pempengaruh itu dianggap enggan menyebarkan kesedaran berkenaan isu Palestin di media sosialnya.

Meskipun sudah tampil memberikan penjelasan, bahkan sudah memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku, Mimi tetap menerima hentaman dan kecaman dari netizen.

Mimi juga turut kehilangan ribuan followers sejak semalam dari mempunyai 1.1 juta pengikut, kini tinggal 941,600 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan Mengenai Isu Palestin Dihentam, Netizen ‘Unfollow’ Syamimia! Dulu 1.1 Juta Followers, Kini Hilang Lebih 100,000 Kurang 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Netizen Kerana Tak Kongsi Konflik Palestin, Influencer Syamimia Tampil Mohon Maaf – “Terlampau Banyak Kebencian Dilemparkan Pada Saya”

Sejak kebelakangan ini, isu pergelutan di antara bumi Palestin dan Israel semakin menjadi tumpuan umum orang ramai di seluruh dunia.

Bahkan, isu tersebut turut menjadi topik sensitif dalam khalayak ramai kerana purata kematian rakyat Palestin semakin meningkat hari demi hari sehingga ramai yang mencari jalan untuk menyalurkan bantuan.

 

Fatin Nurain