Trending By: Padin March 16, 2024 @ 6:09am

Seminggu Berlalu, Ramai Belum Move On Dengan Busana Tradisional Siti Nurhaliza Di Konsert Epitome… Pereka Fesyen Muda Bersyukur Terima Pujian

Bagi pereka muda Amirul Safwan, tiada kata yang boleh digambarkan saat melihat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memakai baju rekaannya lebih-lebih lagi dalam sebuah konsert mega penyanyi itu.

Pengasas jenama Bianca Bella, Amirul, 28, yang merendah diri berkongsi dia dan pasukannya teruja saat melihat baju mereka menjadi pilihan dan digayakan dalam konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

“Segalanya bermula ketika kami diberi kepercayaan menyiapkan baju Siti pada persembahan sempena tahun baru dan melawat Melaka 2024 lalu, di situ detik perkenalan bermula.

“Bila mendapat peluang untuk menyediakan busana sempena konsert, saya dan pasukan tahu ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.

Digelar Adik Bianca oleh Siti, Amirul berkata baju berkenaan disiapkan dalam tempoh sebulan serta dibantu Shafik Izzuddin dan Norshazratul Aisyah.

Katanya, warna dan material yang digunakan bagi busana itu ialah songket tempatan yang dipilih sendiri oleh Siti.

“Memang teruja pada masa sama gementar maklumlah kami masih setahun jagung tapi diberi kepercayaan oleh penyanyi hebat yang dikagumi ramai.

“Jujurnya tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini saya tidak pernah terlintas akan jahit dan reka pakaian untuk penyanyi nombor satu Malaysia, ini semua rezeki sangat bermakna,” katanya.

Bianca Bella beroperasi di Duyung, Melaka sudah dua tahun aktif dan menawarkan koleksi rekaan baju eksklusif terutama untuk raja sehari.

Lebih bermakna apabila baju rekaannya itu mendapat pujian ramai termasuk netizen yang memilih ia antara yang terbaik pernah disarungkan oleh penyanyi Menyapa Dunia itu.

Siti turut dipuji kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada pereka muda untuk menyiapkan baju dalam konsert berskala besarnya.

Perkongsian Siti pada hantaran di akaun Instagram miliknya mendapat hampir 40,000 tanda suka dengan 400 komen.

Bercerita lanjut, Amirul mengakui terharu dan kagum dengan sifat merendah diri Siti.

“Semua proses berjalan dengan lancar dan mudah. Dia sangat profesional dan tahu apa yang diinginkan oleh dirinya.

“Bagi kami pastinya berusaha mahu memberikan yang terbaik, Alhamdulillah dengan reaksi positif yang diterima lebih-lebih lagi untuk orang baru seperti kami,” katanya.

Amirul juga mengakui berkat doa ibu bapa juga antara yang memungkinkan segalanya dan menjadikan semua ini kenyataan.

“Kami masih baru, ini permulaan yang sangat bermakna dan indah buat kami. Terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kak Rozie dan pasukannya yang percaya pada kami.

“Pastinya pengalaman ini sangat berharga buat Bianca Bella dan menjadi pemangkin untuk kami terus menjadi lebih baik,” katanya.

Baju rekaannya dalam rona emas merah hati gelap, digayakan oleh Siti Nurhaliza pada segmen Bayu Timur di konsert yang berlangsung pada 9 Mac lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 May 2019

Di Mana Haji Ramli? Hilang Sejak Isnin Lalu, Keluarga Mohon Bantuan Netizen!

Pencariannya turut dilakukan di kawasan berdekatan dan kawasan hospital namun masih gagal ditemui sehingga kini. Haji Ramli, berusia 85 tahun turut menghidapi penyakit darah tinggi.

Trending Wed, 31 Jul 2019

Dua Beranak Nyaris Maut Dari Bangunan Runtuh

Mangsa berada di tingkat tiga bangunan sebelum berlaku runtuhan dan mangsa turut jatuh ke bawah.

Featured Tue, 30 Aug 2022
Trending Tue, 9 Jun 2020

PDRM Tamatkan Sekatan Jalan Raya Bermula Esok

Berita yang wajib dikongsi ramai!

Trending Sun, 21 Feb 2021

Syoknya Dapat Ilmu Ekstra… Jom Tonton 9 Dokumentari Menarik Di DidikTV KPM!

Semenjak DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperkenalkan, ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi maklum balas yang baik. DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efektif. Untuk […]