[TERKINI] Tiga Lagi Rakyat Malaysia Dijangkiti Covid-19

Ada lagi kes baru?

Difahamkan tiga rakyat Malaysia antara 386 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan.

Memetik laporan Harian Metro, tiga rakyat Malaysia itu kini berada di Singapura. Dan ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,918 kes di republik negara itu.

Sumber : Google

Seorang daripada rakyat Malaysia itu adalah lelaki berumur 26 tahun yang terlibat dalam kluster baharu asrama di Jalan Kubor yang ketika ini mencatatkan 7 kes.

Manakala, dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai positif Covid-19 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster.

Sumber : Google

Selain kluster asrama, Singapora turut melaporkan tiga kes kluster baru termasuk dua asrama pekerja asing yang terletak di Tech Park Crescent dan asrama Kranji di Kranji Way.

Selain itu, Singapura turut merekodkan 568 kes yang diklasifikasi sebagai kes import, 827 kes komuniti dan 1,523 pemegang permit kerja dan penghuni asrama.

Salma Syahbuddin