Featured By: Shaidah Shafie February 17, 2020 @ 2:05pm

Kanser serviks pembunuh wanita ketiga di Malaysia, ini sebabnya

Kegagalan melakukan pemeriksaan serviks secara berkala dikenal pasti antara punca utama kematian akibat kanser serviks dalam kalangan wanita di negara ini. Statistik menunjukkan hanya 12.8 peratus wanita sahaja yang melakukan pemeriksaan serviks sekali sepanjang hidup, manakala selebihnya tidak pernah melakukannya.

Kajian mendapati kurang kesedaran mengenai kanser serviks atau kanser pangkal rahim antara punca tidak ramai wanita yang melakukan saringan bagi mengenali kanser terbabit, malah kempen kesedaran mengenai penyakit itu juga jarang dianjurkan seperti yang dilakukan bagi kanser payudara.  

Bagaimanapun, penyakit yang tersenarai sebagai pembunuh ketiga wanita di Malaysia selepas kanser payudara dan kanser kolektoral (berkaitan usus) itu terus menghantui wanita bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia. 

Perunding Ginekologi dan Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Woo Yin Ling, berkata setiap wanita perlu melakukan pemeriksaan serviks khususnya ujian pap smear terutama apabila sudah melakukan hubungan seks.

“Ujian pap smear bukan hanya perlu dilakukan apabila sudah mencecah usia 30 atau 40 tahun, sebaik-baiknya wanita perlu melakukan pemeriksaan serviks apabila sudah berkahwin atau aktif secara seksual walaupun baru berusia 25 tahun.

“Kira-kira 70 peratus wanita perlu menjalani saringan kesihatan bermula usia 35 tahun dan 45 tahun dengan saringan Human Papilloma Virus (HPV), manakala 90 peratus wanita yang didapati menunjukkan keabnormalan pada ujian berkenaan mesti melakukan rawatan susulan,” katanya ketika ditemui  di Yayasan ROSE, Universiti Malaya, baru-baru ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan setiap tahun dianggarkan sebanyak 2,000 hingga 3,000 kes kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim dikesan di Malaysia dan pada tahun 2018, dianggarkan kira-kira 944 wanita di Malaysia meninggal dunia akibat kanser serviks.

Prof Dr Woo Yin Ling menerangkan mengenai proses pensampelan kanser serviks kepada penulis ketika ditemui di Yayasan ROSE, Universiti Malaya, baru-baru ini. Foto NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Statistik Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) pada tahun 2012 menunjukkan lebih 250,000 wanita di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkenaan dengan purata 729 kematian sehari. WHO menjangkakan angka berkenaan akan terus meningkat, malah menganggarkan kira-kira 435,000 kematian akibat kanser serviks pada tahun 2030.

Punca kanser serviks

Selain persepsi sebahagian besar wanita yang menganggap mereka tidak mungkin diserang kanser berkenaan kerana tidak terbabit dalam seks rambang, beberapa alasan lain seperti tiada masa untuk ke klinik atau hospital bagi menjalankan pemeriksaan, rasa malu dan takut juga mendorong wanita untuk tidak melakukan pemeriksaan serviks.

Wanita yang berisiko diserang kanser serviks dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal yang membabitkan umur atau sejarah keluarga.

Tabiat merokok dikatakan meningkatkan risiko kanser serviks sebanyak empat kali ganda, namun wanita yang mempunyai sejarah dalam keluarga pernah diserang kanser serviks juga perlu berhati-hati dan melakukan saringan HPV serta ujian pap smear secara berkala.

Prof Woo yang juga pengasas bersama Yayasan Mengatasi Halangan Terhadap Saringan Serviks (ROSE) berkata, selain tabiat merokok dan sejarah keluarga, jangkitan HPV menerusi hubungan seks juga antara punca utama kanser serviks.

“HPV dibawa dari individu ke individu lain menerusi hubungan seks, justeru beberapa faktor seperti aktif secara seksual sejak muda, terbabit dalam seks rambang dan tabiat bertukar pasangan seks juga boleh mengakibatkan kanser berlaku di pangkal rahim.

“Jangkitan HPV akan menyebabkan  pertumbuhan sel tidak normal pada pangkal rahim dan jika tidak dirawat dalam tempoh tertentu khususnya melebihi 10 tahun, boleh menyebabkan berlakunya kanser serviks,” katanya.

Kanser serviks terus menghantaui wanita bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia.

Gejala kanser serviks

Lazimnya, pada peringkat awal kebanyakan wanita tidak menunjukkan sebarang gejala, malah tidak berasa sakit sehingga menyebabkan ramai yang hanya disahkan menghidap kanser serviks apabila kanser sudah berkembang dan menjangkiti organ lain.

Menurut portal MyHealth, antara tanda yang menunjukkan seseorang itu mungkin menghidap kanser serviks adalah:

  1. Tompokan  darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid.
  2. Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  3. Pendarahan selepas putus haid.
  4. Sakit ketika melakukan hubungan seks.
  5. Lelehan dari faraj dan biasanya berbau busuk. 

Rawatan

Kanser serviks boleh dicegah dengan berkesan menerusi pengambilan suntikan vaksin HPV, malah WHO menyarankan supaya remaja perempuan di setiap negara perlu mengambil vaksin HPV.

Bagaimanapun, bagi pesakit yang sudah didiagnosis menghidap penyakit itu perlu melakukan beberapa rawatan yang mengambil kira saiz dan kawasan ketumbuhan, sejauh mana kanser sudah merebak dan juga kesihatan pesakit.

Antara rawatan yang disarankan seperti berikut:

  1. Pembedahan – Bagi membuang tisu yang luar biasa menerusi kaedah conization dan LEEP yang menggunakan cangkuk dawai halus. Selain itu, bagi kanser yang sudah merebak, doktor mungkin menyarankan pesakit membuat histerektomi untuk membuang pangkal rahim
  2. Radioterapi – Menggunakan radiasi utnuk memusnahkan sel kanser. Lazimnya disarankan jika keadaan pesakit tidak mengizinkan untuk pembedahan.
  3. Kimoterapi – Menggunakan ubat antikanser bagi membunuh sel kanser daripada bertambah.

Cara mengesan kanser serviks

Prof Woo berkata, antara kaedah lazim yang digunakan untuk mengesan kanser serviks adalah dengan melakukan ujian pap smear iaitu dengan dengan mengambil sampel daripada pangkal rahim untuk dianalisis.

Bagaimanapun, katanya, ramai wanita berasa kurang selesa dengan ujian berkenaan kerana dilakukan menerusi faraj, selain ada yang berasa sakit ketika ujian sehingga menyebabkan ramai yang tidak melakukan ujian berkenaan secara berkala.  

“Mungkin pertama kali melakukan ujian ini mereka berasa sakit, lalu mengambil keputusan untuk tidak melakukan ujian berkenaan lagi pada masa akan datang walaupun wanita sepatutnya  melakukan ujian ini setiap tiga tahun.

“Kesakitan ketika ujian dilakukan itu juga boleh jadi disebabkan teknik yang tidak betul, namun di Yayasan ROSE, kami memperkenalkan saringan sendiri menggunakan teknik ujian alternatif calitan dengan kit khas yang dinamakan ROSE,” katanya.

Petugas perubatan di makmal Yayasan ROSE melakukan ujian sampel kanser serviks yang diberikan pelanggan menggunakan peralatan khas dan hasil ujian diperoleh dalam tempoh yang cepat. Foto NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Yayasan ROSE

Yayasan ROSE ialah projek saringan kanser servik untuk wanita menerusi kit khas yang diperkenalkan demi memudahkan urusan pemeriksaan mengesan perubahan sel luar biasa pada pangkal rahim sebelum sel berkenaan menjadi kanser.

Pertubuhan ini ditubungkan awal tahun lalu khusus untuk wanita Malaysia dengan mengambil kira keperluan dan cabaran semasa yang berkaitan dengan wanita di negara ini menggunakan pendekatan diperkenalkan.

Ujian saringan menggunakan kit persampelan itu tidak menyakitkan dan wanita yang ingin melakukan ujian berkenaan boleh melakukannya sendiri di rumah atau mengunjungi empat lokasi yang diwujudkan.

Prof Dr Woo Yin Ling (kiri belakang) bersama petugas perubatan yang bertanggungjawab melakukan ujian sampel kanser serviks di makmal perubatan di Yayasan ROSE.  Foto NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Prof Woo berkata, ROSE menawarkan kit pensampelan sendiri oleh wanita dan tidak menyakitkan selain boleh dilakukan dengan cermat dan mudah.

“Mereka boleh melakukan sendiri dan kemudian menghantar sampel calitan kepada kami di Yayasan ROSE untuk diperiksa oleh petugas kami di makmal.

“Kami menggunakan platform digital e-kesihatan yang selamat yang membolehkan wanita untuk mendaftar dan semua susulan mereka disampaikan melalui telefon bimbit,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 5 Nov 2019

Nak hidup lama? Kajian kata ‘jangan banyak berfikir’

Lebih aktif otak anda berfikir, lebih pendek jangka hayat anda.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Featured Fri, 26 Oct 2018

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

National Geographic menamakan lima negara didiami penduduk paling gembira!

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Featured Sun, 28 May 2023
Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔