Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 9, 2022 @ 3:00pm

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Susulan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down bernama Bella yang tular sejak tahun lalu didakwa mempunyai kaitan dengan pemilik Rumah Bonda dan juga Penasihat dan Pengasas bersama pusat perlindungan tersebut, Syed Azmi Alhabshi, satu petisyen dalam talian diwujudkan.

Petisyen yang dilancarkan semenjak seminggu lalu mendesak agar pelantikan Syed Azmi sebagai Penasihat Kanak-kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengasas Rumah Bonda Didakwa, Berdepan Penjara Maksimum 20 Tahun & Denda Jika…

ARTIKEL BERKAITAN:“Binatang Pun Sayang Anak..”- Kanak-Kanak OKU Didera Dengan Kejam, Ramai Tuntut #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella : Pemilik Rumah Bonda Kini Ditahan Polis

Petisyen berkenaan juga difahamkan turut mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun supaya menamatkan pelantikan Syed Azmi sebagai Ahli Pemegang Saham Amanah (APA) Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Penamatan lantikan Syed Azmi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak adalah perlu bagi mengelakkan unsur bias dalam kes Bella.

“Berdasarkan penglibatan beliau dalam kes pengabaian dan penganiayaan Bella didapati peranan beliau sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dianggap tidak berintegriti.

“Pelantikan beliau boleh menjejaskan imej Kerajaan untuk memastikan tiada conflict of interest dalam mana-mana kes di bawah Akta 611.

“Memandangkan beliau juga merupakan Penasihat dan Pengasas Bersama Pusat Perlidungan Rumah Bonda, sehubungan itu terdapat conflict of interest dalam peranan beliau sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata petisyen tersebut.

Petisyen berkenaan dibuat oleh tiga individu iaitu pensyarah Muhamad Firdaus Ibnil Hajar serta dua orang peguam Fatihah Jamhari dan Megat Syezlee Mokhtarom.

Setakat ini, petisyen yang dilancarkan menerusi www.change.org/justiceforbella_lucutjawatansyedazmi telah mendapat lebih 44,000 sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:“Bella Beritahu Saya Dia Dicili, Dijirus Air Panas & Diikat” – Saksi Pertama #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:Dipaksa Makan Najis Sendiri, Disimbah Air Panas 5 Kali Sehari… Ini Update Terbaharu Mengenai #JusticeForBella

 

Sumber: MalaysianGazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 29 Apr 2018

Louis Arthur Charles, Nama Putera Kedua Pasangan Diraja Britain!

Bayi ketiga William dan Kate itu dilahirkan seberat 3.8 kilogram pada 23 April lalu di Hospital St Mary, di barat London.

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Mira Filzah Blocked Siapa Tu?

Apapun, semoga yang terbaik buat Mira Filzah!

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

[VIDEO] Buat Kejutan di PC Single ‘Break’, Air Mata Melly Goeslaw Tumpah Dengar Misha Omar Nyanyi ‘Pulangkan’

Penyanyi tersohor, Misha Omar, tidak menyangka akan menerima kejutan istimewa apabila komposer tersohor dari Indonesia, Melly Goeslaw hadir secara mengejut ke majlis pelancaran single terbarunya, Break. Momen penuh emosi itu ternyata menjadi kenangan manis buat […]

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Tue, 23 Jul 2024
Trending Sat, 30 Jan 2021

“Saya Resah, Tak Boleh Lelapkan Mata…” – Usop

Kenapa sampai tak boleh tidur? Usop ok tak tu?

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Sesi pertemuan Ellie Suriaty dan Imran Bard penentu sama ada teruskan saman atau tidak

error: Content is protected !!