Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 20, 2022 @ 12:56pm

Mizz Nina Sedang Lalui Detik Sukar? – “Hanya Allah Yang Mengetahui Apa Yang Terbaik…”

Sebelum ini, timbul desas desus mengenai pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Hujan itu memaklumkan perkara tersebut hanyalah ‘fake news’ semata-mata dan tidak mahu kisah peribadinya menjadi perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Bagaimanapun, perkongsian Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42,  menerusi Instagram miliknya mencetuskan tanda tanya kerana ia seolah-olah memberi bayangan yang beliau kini sedang melalui fasa yang sukar.

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah”.

“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif. 

“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.

 

Meskipun, kedua-dua pasangan ini masih mengunci mulut mengenai apa sebenarnya yang terjadi namun, ruangan komen Mizz Nina kini dibanjiri dengan ucapan doa berharap agar beliau terus kuat dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun, belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa yang dianggap satu anugerah terindah daripada Allah SWT pada 3 Mac lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Aku Tiba-Tiba Mati, Tolong Jaga Nina & Musa, Aku Mohon…” – Noh Salleh Titip Pesan Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

ARTIKEL BERKAITAN:Tempoh 11 Tahun Bukan Penghalang Buat Mizz Nina & Noh Hujan Miliki Musa – “Jika Allah Berkehendak, Tiada Apa Yang Dapat Menghalangnya”

ARTIKEL BERKAITAN:Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

 

Sumber: Instagram, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2019

Menang Pelakon Wanita Terbaik Drama, Kenapa Zara Zya Bingung?

Maklum saja, drama ini memerlukan saya bermain dengan emosi yang ‘turun naik’

Featured Mon, 16 Dec 2024
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Apakah Yuna bakal sehebat Kendal Jenner?

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Fri, 8 Apr 2022
Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Featured Sat, 12 Jul 2025
Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Wow! Ramai orang kita pilih Songkhla jadi tempat nikah..

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
error: Content is protected !!