Acara By: Ad Ops February 5, 2018 @ 5:47pm

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert

Tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini. Lebih menarik lagi tiga penyanyi dengan peminat tersendiri ini akan disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.

Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan konsert ini memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu ‘Hati Berbisik’ yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon ini merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.

“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat saya bergerak sebagai sebuah penganjur acara, konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti”, ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertianment Sdn Bhd.

Konsert yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik manakala nyanyian Anuar Zain serta Yuka  pula akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan,tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

Kepada para peminat yang tidak sabar menantikan konsert yang mengabungkan tiga nama ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (Intimate), RM1599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular).

Selain dapat berhibur bersama penyanyi-penyanyi kesayangan, peminat juga berpeluang memenangi sebuah scooter dan 5 unit iphone 8 melalui acara cabutan bertuah yang akan turut diadakan.

Untuk pembeli tiket intimate,mereka akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta  laluan VIP. Manakala pembeli tiket Platinum pula akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP.

Tiket  konsert boleh dibeli di www.yuka.com.my atau  www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 3 May 2020
Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Thu, 25 Jul 2019
Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]