Acara By: tex_admin November 26, 2019 @ 6:28pm

Coffee Beans & Tea Leaf sediakan hadiah buat yang tersayang

Oleh Amnan Hibrahim

Bersempena dengan musim perayaan dan  cuti akhir tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf memperkenalkan hidangan dan produk istimewa pada pelancaran kempen ‘Grateful Gifting’ yang berlangsung di Desa Park City, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain daripada beberapa hidangan minuman dan makanan istimewa yang amat sesuai untuk dinikmati ketika musim peraaan, The Coffee Bean & Tea Leaf turut memperkenalkan beberapa set makanan serta produk barangannya yang amat sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.

Fiona Rodrigues menunjukkan hidangan bagi kempen ‘ Gifting Grateful ‘ sempena musim cuti di Desa Park City, Kuala Lumpur. NSTP/AZHAR RAMLI

Pengarah Pemasaran dan Pembangunan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Fiona Rodrigues, berkata kempen terbaharu syarikat itu diadakan bertujuan untuk memberikan peluang buat pengunjung meraikan sambutan tahun baharu dengan lebih bermakna bersama rakan mahupun keluarga.

“Kita seringkali terleka dengan kemeriahan musim percutian sehingga terlepas pandang akan erti sebenar sambutan, iaitu rasa kesyukuran dan berkongsi masa dengan mereka yang dikasihi.

“Oleh itu, di samping menikmati hidangan terbaharu yang didatangkan khas sempena kempen ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan set hadiah bagi diberikan kepada yang tersayang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Antara set hadiah makanan yang dinamakan Sampler Gifting Grateful ialah Classic Winter Log, Jolly Breadman, Tat Strawberi dan Comet’s Choc Cheesecake. Kesemua set di dalam Sampler Gifting Grateful yang berharga RM99 untuk 20 keping ini hadir dengan saiz kecil dan senang untuk dimakan, . 

Antara set hadiah makanan ‘Gifting Grateful’ yang ditawarkan The Coffee Bean & Tea Leaf. NSTP/AZHAR RAMLI 

Di samping itu, terdapat juga pilihan hadiah yang terdiri daripada serbuk kopi Holiday Blend dengan tiga variasi berbeza (RM39 satu pek atau RM118 untuk set hadiah), set hadiah espresso (RM88), serbuk kopi edisi terhad (RM40 setin), cawan dengan rekaan perayaan (RM48) serta tumbler (RM138).

Sementara itu, The Coffee Bean & Tea Leaf juga turut memperkenalkan empat perisa minuman istimewa sempena kempen ini dengan perisa Salted Popcorn (SP) dan Double Chocolate Peppermint (DCP) yang hadir dalam dua jenis hidangan iaitu Ice Blended (kecil RM16.50, besar RM18) dan juga minuman latte pilihan panas atau ais (kecil RM15.95, sederhana RM17.45), Holiday Blend (kecil RM8.60, sederhana RM9.65) serta Peppermint Nitro Latte (RM15.95).

Antara produk barangan yang diperkenalkan ketika Kempen ‘ Gifting Grateful ‘ sempena musim cuti di Desa Park City, Kuala Lumpur. NSTP/AZHAR RAMLI

Untuk yang mahukan minuman selain daripada kopi, dua minuman jenis Ice Blended iaitu Pure Double Chocolate Peppermint dan Pure Red Velvet (kecil RM16.50, sederhana RM18) serta minuman koko panas (kecil RM15.95, sederhana RM17.45) adalah antara hidangan yang boleh dinikmati ketika berkunjung ke pemis berkenaan.

Lima hidangan kek yang diperkenalkan untuk kempen sambutan akhir tahun ini ialah Comet’s Cheesecake (RM13.95 sekeping, RM139.90 untuk kek 1.1kg), kek krim coklat Rudolph’s Sleigh (RM13.95 sekeping), kek Dasher’s Snow Surprise (RM148 untuk 1.9kg), Classic Winter Log (RM13.95 sekeping, RM139.90 untuk 1.3 kg) dan Prancer’s Passion (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan kek).

Hidangan lain yang turut terdapat dalam kempen itu ialah tiga jenis roti iaitu 101 North Pole gingerbread spice yang berbentuk rumah (RM125), Blitzen’s Stollen (RM6.90 sekeping, RM45 untuk keseluruhan roti), Jollie Breadman (RM6.90 sekeping) dan juga biskut coklat  Dancer’s Holiday Cookie (RM6.90 sekeping).

Hidangan yang menanti pengunjung sepanjang kempen ‘Gifting Grateful.’ NSTP/AZHAR RAMLI

Tidak dilupakan, kempen The Coffee Bean & Tea Leaf turut menyediakan promosi dalam dengan memberikan diskaun awal sebanyak 20 peratus untuk kek Holiday, pek parti dan roti tradisional Holiday pillihan dengan kad CB&TL ataupun menerusi pesanan dalam talian sehingga 10 Disember 2019.

Selain itu, potongan diskaun sebanyak 30 peratus juga akan dinikmati bagi yang membeli mesin ‘Single Serve’ CB&TL  iaitu Bianca, Clio, Venus, Desto, Kaldi dan Contata sebelum 27 Disember 2019.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan menu, produk dan diskaun istimewa sempena kempen ‘Gifting Grateful,’ sila ke laman Facebook dan Instagram rasmi The Coffee Bean & Tea Leaf, atau lawati www.coffebean.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018
Acara Mon, 18 Nov 2019
Eat Travel Tue, 14 May 2019
Acara Thu, 30 Aug 2018

Mengandungi Antioksida Tinggi, Durian Belanda Adalah Makanan Baik Untuk Pesakit Kanser – Datuk Rosyam Nor

Beliau melancarkan produk minuman dan makanan tambahan berasaskan durian belanda.

Acara Mon, 13 Jan 2020
Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Wed, 3 Jul 2019

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Seolah-olah ada persamaan di antara masakan di sana dan di sini.

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Kalau nak pedas, tambah lagi cili padi. Baru syok makan!

Eat Travel Mon, 6 Aug 2018

TeddyVille Museum Imbau Kehidupan Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Pengunjung

TeddyVille Museum yang terletak di Batu Feringhi, Pulau Pinang ini tidak henti-henti dikunjungi orang ramai sejak ia dibuka.