Categories: Drama

Kini Di Kaca TV: ‘Perempuan Itu’

Pahit manis rumah tangga itu perkara biasa. Namun, apabila hadirnya pihak ketiga yang melangkaui batas, itu adalah ujian yang getir. Siri popular yang berjudul ‘Perempuan Itu’ yang membawakan realiti pahit kehidupan tersebut kini disiarkan menerusi slot Sakura.

Permintaan kedua orang tuanya agar dia mengambil alih Madrasah Mujahidah telah ditolak Khalish (dilakonkan oleh Mimi Lana). Dia tegas dengan impiannya untuk menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Keputusannya itu memberi gambaran pendekat moden dalam dirinya. Hal ini telah membuatkan ibu bapanya risau. Oleh demikian, mereka telah memilih untuk menyatukan puteri mereka itu bersama Tengku Emir (dilakonkan oleh Zul Ariffin) yang merupakan anak kepada kawan rapat mereka.

Pada awalnya, Tengku Emir sendiri juga merasa berat hati untuk meneruskan dengan perkahwinan tersebut. Namun, sebagai anak soleh, dia telah mengenepikan perasaan hatinya demi mentaati hasrat seorang ibu.

Setelah hampir separuh dekad melayari alam perkahwinan, rasa cinta Khalish terhadap Emir mula timbul. Emir juga berjaya memenangi kepercayaan Khalish. Lebih manis lagi, mereka sedang menanti cahaya mata sulung. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan apabila Khalish mendapat tahu bahawa Emir mempunyai kekasih rahsia yang bernama Seira (dilakonkan oleh Siti Hariesa).

Layanan Emir terhadap Seira adalah dengan penuh kasih sayang seperti layanannya buat Khalish. Hal ini membuatkan Khalish berasa amat dikhianati. Apakah yang bakal terjadi kepada hubungan mereka?

Cerita Apa? ‘Perempuan Itu’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Khamis
Jam Berapa? 6.00 pm
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan