Eat Travel By: Ad Ops February 22, 2019 @ 11:00am

2 peraturan yang anda mesti patuhi ketika bersantap dengan Ratu Elizabeth

Siapa tidak mahu menikmati pengalaman menjamu selera dengan permaisuri England?

Ratu Elizabeth telah memerintah negara berkenaan selama 67 tahun, jadi beliau pasti mempunyai pelbagai cerita menarik untuk dikongsikan.

Tetapi jika anda berpeluang untuk bersantap dengannya, ada beberapa peraturan yang anda perlu ikuti. Maklumlah, beliau bukannya manusia biasa macam kita.

1. Jangan duduk selagi Ratu Elizabeth belum duduk

Jika anda bersantap dengan ratu (walaupun di acara besar-besaran seperti majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle), anda mesti ikut arahannya ketika hendak duduk di meja.

Tiada siapa dibenarkan duduk hinggalah Ratu Elizabeth sendiri telah melabuhkan punggung di tempat duduknya.

2. Anda hanya boleh makan apabila Ratu Elizabeth makan

Apabila Ratu Elizabeth mula menjamu selera, barulah orang lain boleh mula makan. Tetapi jangan lambat-lambat kerana sebaik sahaja Ratu itu berhenti makan, semua orang perlu berhenti juga!

Foto: Mirror

Realitinya

Semestinya jika anda terlupa peraturan ini, Ratu Elizabeth tidak akan marah atau rasa tersinggung. Menurut pengalaman seorang pelayan diraja Paul Burrell yang dihantar ke akhbar The Guardian, itulah apa yang terjadi kepada seorang putera.

“Ketika itu saya berada di dalam kapal Royal Yacht Britannia yang melayari lautan selatan pasifik. Ratu Elizabeth sedang mengadakan majlis makan malam untuk salah seorang putera dari kawasan itu.

“Pemanis mulut disediakan. Putera itu lupa untuk menunggu arahan daripada Ratu Elizabeth,” tulis Paul.

Sebaliknya putera tadi meletakkan buah anggur ke dalam sebuah mangkuk yang Paul sebutkan sebagai “finger bowl” yang diletakkan di meja sebelum itu.

Finger bowl ialah sebuah mangkuk kecil yang mengandungi air untuk penggunanya mencuci hujung jari mereka selepas menjamah hidangan utama.

Oh, tidak! Ia bukannya untuk diminum!

Foto: Candace Smith Etiquette

Selepas memasukkan anggur, putera itu memasukkan pula buah ceri ke dalam finger bowl ini. Apabila krim dan gula dihidang, beliau menuangkannya juga untuk menghasilkan “sup buahan”.

Paul yang sedang berdiri di belakang Ratu hanya mampu melihat situasi ini dengan terkejut.

“Putera itu baru sahaja hendak mengangkat mangkuk tadi ke mulut untuk minum apabila dia terpandang Ratu dan akhirnya sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan besar.

“Tidak ingin membuatkan putera tadi berasa janggal, Ratu Elizabeth pun mengangkat finger bowl miliknya dan menghirup airnya,” tulis Paul.

Wah, hebatlah!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 29 Apr 2018

Teringin Makan Churros? Ikut Resepi Mudah Ini, Gerenti Selepas Ini Boleh Makan Setiap Hari

Churros boleh dijadikan hidangan minum petang istimewa buat tetamu yang datang bertandang di rumah anda sekiranya tidak sempat membeli apa-apa untuk menjamu mereka.

Eat Travel Mon, 1 Oct 2018

Anda Berani Berjalan Atas Jambatan Kaca Di Negara China Ini?

Kos pembinaan jambatan tertinggi dan terpanjang dunia ini adalah 39 juta US Dollar. 

Eat Travel Tue, 9 Oct 2018

7 Aplikasi Mudah Alih Yang Berguna Untuk Pelancong Muslimah Solo

Bila berseorangan, kena hati-hati jadi aplikasi ini pasti akan memudahkan kerja.

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Thu, 4 Oct 2018

13 Makanan Terbaik Yang Anda Patut Makan Selepas Bersenam

Jangan biarkan semua usaha anda ke laut.

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Tue, 2 Oct 2018

‘Pasembur Menari’ Ini Sedap Sangat! Rugi Kalau Tak Cuba

Paling istimewa adalah kuah pasembur ini! Memang sedap!

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Eat Travel Sun, 24 May 2020