Eat Travel By: Yanie Baharom June 4, 2018 @ 10:00am

Berbuka Puasa Di Hotel Tenera Bagai Menikmati Masakan Air Tangan Ibu

Sesetengah orang beranggapan berbuka puasa di hotel mahupun restoran yang memperkenalkan hidangan bufet adalah satu pembaziran. Ini adalah kerana selain caj mahal yang dikenakan, menu yang banyak tidak mampu dinikmati semua sekali. Ada kalanya rasa serta kualiti makanan itu sendiri menghampakan.

Namun berbeza dengan pengalaman pengunjung yang berbuka puasa di Hotel Tenera yang terletak di Bangi. Memperkenalkan temaSajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama, ia menawarkan hidangan yang berasa seolah-olah menikmati masakan ‘air tangan ibu’.

Lauk-pauk yang dihidang merangkumi masakan kampung seperti, gulai lemak ketam cili padi, ikan sembilang belado, kambing golek, gulai kawah, kari kepala ikan, sambal petai udang, rendang ayam, asam pedas, masak lemak siput sedut, asam rebus, masak lemak pucuk manis dan bermacam lagi hidangan yang menyelerakan.

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Foto: Foto: dboystudio

Menurut Chef Eksekutif Hotel Tenera, Encik Sahisal Azrul berkata, seleksi hidangan yang dipilih adalah berdasarkan tema yang ingin disampaikan kepada tetamu. Menu yang dihidangkan juga berinspirasikan daripada makanan tempatan masyarakat Malaysia khususnya pada suatu ketika dahulu.

“Terdapat lebih daripada 30 gerai makanan yang beroperasi dalam promosi ini dan mereka menyajikan hidangan seperti aneka bubur manis, aneka kuih talam, biskut-biskut nostalgia dan banyak lagi.

“Selain itu, pengenalan nama menunya juga seperti Aneka Roti Terbang, Goreng Goreng Makcik Corner, Kambing Panggang Beratur Panjang dan Mee Goreng Tung Tang bakal menarik perhatian,” katanya.

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Bagi penggemar makanan Jepun dan dim sum, Hotel Tenera menyediakan menu kegemaran anda dan apa yang menarik ialah ia disediakan secara langsung di depan mata anda begitu juga hidangan makanan laut segar.

Bukan saja menu makanannya bervariasi bahkan stall minuman dan pencuci mulut juga tidak kurang hebatnya. Lebih daripada enam jenis air disediakan salah satunya menjadi pilihan ramai adalah Teh Ais Golok. Di samping itu terdapat aiskrim, ABC, cendol dan colek-colek.

Dalam banyak-banyak stall yang ada, berulang kali disinggahi oleh pelanggan adalah stall buah-buahan. Stall buah-buah di Hotel Tenera ini sangat istimewa kerana menyediakan buah-buahan tempatan seperti laici, langsat, nangka, pisang, durian belanda, jambu dan rambutan. 

Seindah namanya, Sajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama bakal menggamit memori setiap tetamu yang hadir ke Selasih Garden Restaurant di Hotel Tenera dari sekarang hingga 13 Jun. Ia menjanjikan lebih daripada 100 jenis hidangan ala kampung dan dekorasi mengasyikkan yang bakal melengkapkan lagi pengalaman nostalgia.

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

foto: Foto: dboystudio

Foto: dboystudio

Apa yang menarik kesemua hidangan ini boleh dimikmati dengan harga promosi iaitu RM70.80 untuk dewasa dan RM59.40 seorang bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun. Sebarang tempahan bolehlah menghubungi talian Hotel Tenera di 03-8929 9600.

Pengurus Besar Hotel Tenera, Muhamad Shafie, berkata, penganjuran promosi sempena Bulan Ramadan ini pasti memberi seribu makna buat Hotel Tenera kerana untuk pertama kalinya promosi seperti ini diadakan sepanjang tempoh hotel beroperasi.

Pada 23 Mei yang lalu, Hotel Tenera telah menganjurkan Majlis Amal Barakah Ramadhan (MABR) yang membabitkan seramai 150 orang yang terdiri daripada rumah/pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak Tahfiz sekitar Bangi dan Kajang.
 
Pemberian sumbangan RM1,000 diberikan kepada setiap pengurusan rumah kebajikan yang berkenaan. Sementara itu anak-anak yatim dan pelajar Tahfiz  menerima sumbangan RM100 setiap seorang.
 
Pada acara itu, Raja Pop Jamal Abdillah turut membuat persembahan secara ihsan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.
 

Foto: dboystudio

Hotel Tenera yang telah mula beroperasi secara berperingkat-peringkat bermula dari Disember 2017 yang lalu menerima sambutan yang menggalakan dari penduduk kawasan di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya kerana fasiliti yang disediakan.

Foto: dboystudio

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 14 Jan 2019

Surprise your kids or friends with these cute Emoji Fries

Unleash your creativity for this yummy snack!

Eat Travel Thu, 28 May 2020

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Nasi lemak, mi kari, martabak semua sedap

Eat Travel Wed, 11 Mar 2020
Eat Travel Mon, 1 Oct 2018

Anda Berani Berjalan Atas Jambatan Kaca Di Negara China Ini?

Kos pembinaan jambatan tertinggi dan terpanjang dunia ini adalah 39 juta US Dollar. 

Eat Travel Sat, 28 Mar 2020
Eat Travel Wed, 31 Oct 2018

Aiskrim Dalam Claypot? Wow Uniknya!

Lupakan keropok lekor, jom serbu Bunnyster Cafe!

Eat Travel Thu, 14 May 2020
Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Eat Travel Mon, 18 Mar 2019
Eat Travel Sat, 21 Mar 2020