Eat Travel By: Yanie Baharom November 22, 2018 @ 5:00pm

Enam Pergunungan Dengan Simbahan Warna Pelangi. What A Spectacular View!

Pemandangan indah gunung-ganang beraneka warna, Zhangye Danxia yang terletak di China, salah satu keajaiban ciptaan Allah SWT yang begitu masyhur di seluruh dunia.

Sehinggakan sesiapapun yang berkomentar tentang pergunungan berwarna-warni, pasti Zhangye Danxia perkara pertama yang menerpa di fikiran anda.

Tetapi tahukah anda, bukan satu kawasan pegunungan dengan karakter seumpama ini wujud di muka bumi Tuhan. Selain China, pergunungan pelangi turut terdapat di beberapa negara lain.

Di sini kami senaraikan kesemua enam negara yang mempunyai gunung berwarna-warni. Buat yang suka berkelana, destinasi ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai impian anda nanti.

1. Zhangye Danxia, China

Foto: Forbes

Tidak asing lagi, gunung Zhangye Danxia yang terletak di daerah Gansu, di China ini antara yang paling tersohor di dunia. Warna-warni di pergunungan ini adalah campuran pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak 24 juta tahun dahulu.

Gunung Zhangye Danxia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang unik ada di China. Tempat ini juga turut disenaraikan dalam senarai warisan dunia UNESCO.

2. Brennisteinsalda, Iceland

Foto: KimKim

Gunung Brennisteinsalda yang terletak Landmannalaugar ini dinobatkan sebagai gunung paling cantik yang ada di Iceland. Jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang melihat sendiri keindahan Brennisteinsalda.

Warna hitam dan biru yang terdapat pada gunung ini terhasil dari kesan abu dan lava, manakala warna merah pula berupa kandungan besi dan warna hijau adalah lapisan lumut yang meliputan kawasan berbatu.

3. Rainbow Mountain, Peru

Foto: travelandleisure

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Gunung Pelangi di Peru ini, namun kecantikan gunung ini tidak terkalah hebatnya. Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca ini terletak di kawasan kawasan pergunungan Andes. Untuk sampai ke sini, anda terpaksa melalui trek yang mencabar dan mengambil masa selama beberapa hari.

Yang suka pengembaraan ekstrim boleh cuba jejak gunung ini jika berkunjung ke Peru.

4. Painted Hills Oregon, Amerika Syarikat

Foto: Flickr

Dinamakan sebagai Painted Hill adalah disebabkan warna gunungnya yang kelihatan seperti dicat. Menurut Amusing Planet, kemungkinan besar Painted Hills terbentuk lebih dari 35 juta tahun yang lalu terkesan hasil daripada lapisan abu vulkanik ketika daerah tersebut masih berupa dataran sungai.

Sekarang, tempat ini menjadi kebanggan buat penduduk di Wheeler County, Oregon.

5. Cerro de los Siete Colores, Argentina

Foto: El Diario

Susah benar mahu sebut nama gunung yang satu ini. Gunung Cerro de los Siete Colores atau dalam bahasa Inggeris disebut The Hill of Seven Colors. Terletak di daerah Quebrada de Purmamarca, gunung ini mempunyai 7 lapisan warna yang berbeza.

6. Seven Coloured Earths of Chamarel, Mauritius

Foto: The Tourism School

Jika di Argentina ada gunung 7 warna, di Mauritius pun ada juga. Seven Coloured Earths atau dipanggil dengan nama Terres des Sept Couleurs ini terletak di daerah Chamarel, Distrik Rivire Noire, iaitu di sebelah barat daya Mauritius.

Tidak hanya unik, malah pasir di sini juga sangat ajaib. Ia boleh dilihat apabila anda cuba mencampurkan pasir di Seven Coloured Earths. Secara automatik, pasir ini akan perlahan-lahan mengasingkan diri sesuai mengikut warnanya.

Sumber:  VOCKET

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Jika anda tak pasti ke mana nak pergi, tengoklah senarai ini.

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.

Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

7 Sebab Pulau Bali Adalah Destinasi Honeymoon Yang Perfect Untuk Anda

Bukan saja cantik pemandangannya, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pasangan.

Eat Travel Fri, 24 Aug 2018
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020
Eat Travel Sat, 11 Jan 2020
Eat Travel Sat, 20 Oct 2018

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Ais Krim Milo Yang Lembut Dan Sedap Ini

Kalau nak lagi sedap taburkan milo di atasnya!

Eat Travel Sun, 17 Mar 2019
Eat Travel Fri, 18 May 2018