Eat Travel By: Ad Ops July 27, 2018 @ 1:02pm

Kini Ada Ais Krim Berperisa Mayonnaise! Anda Sanggup Cuba?

Bila cuaca tengah panas macam sekarang, memang syok kalau dapat makan ais krim. Fuuuh, bayangkan saja pun dah dapat rasa kesedapannya!

Dan di zaman sekarang, manusia semakin kreatif dalam menghasilkan pelbagai inovasi untuk makanan. Salah satu jenis makanan yang sering diubahsuai ialah ais krim.

Anda mesti pernah tengok ataupun rasa perisa yang pelik-pelik dan luar biasa seperti nasi lemak, cendol dan teh tarik, kan?

Pandai betul mereka membuat eksperimen, sampai perisa-perisa simple seperti coklat dan vanila tak lagi sepopular dulu.

Walaupun pada mulanya orang sedikit was-was bila nak makan, ais krim berperisa unik ini selalunya boleh diterima.

Tapi perisa terbaru oleh kedai ICE Artisan Ice Cream di Scotland ini mungkin akan mengambil masa lebih sikit untuk orang betul-betul berani nak makan.

Yalah, ais krim berperisa mayonnaise, anda berani makan?

 

Who knows a mayo addict? #mayonnaise #foodporn #weird #icecream #icefalkirk #foodie #yesorno

A post shared by ICE (@ice_falkirk) on

Kondimen ini memang banyak gunanya. Anda selalu makan dengan kentang goreng, ataupun dengan salad. Tapi ais krim? Hmm… macam manalah, rasanya?

ICE Artisan Ice Cream berani untuk cuba sesuatu yang luar biasa tapi ia mendapat sambutan yang berbelah bahagi.

Ramai yang berkata “Tidaaak!”, “Saya suka mayo, tapi jangan!” ataupun “Beraninya kamu calarkan nama baik ais krim dengan penghinaan ini? Tidaaak!”

Ada orang lain pula yang tak sabar untuk try, dan ada yang dah cuba pun.

“Saya ingat ciptaan ini langsung tak patut dibuat, tapi saya dah cuba! Sebenarnya ia betul-betul sedap, berkrim dan kaya.”

Seorang pengguna Twitter membuat andaian yang ais krim ini takkan rasa seteruk yang disangka. “Ramuan mayonnaise itu mungkin akan buat tekstur ais krim itu lebih berkrim dan ringan daripada ia merasa macam mayonnaise.

“Saya ada resipi kek coklat yang ada mayo di dalamnya, dan ramuan itu membuatkan kek tersebut lebih lembut dan menaikkan rasa coklat!”

Pemilik kedai ICE Artisan Ice Cream, Kyle Gentleman beritahu TODAY Food yang ais krim ini “penuh lemak berkrim dan diikuti dengan rasa telur dan susu. Sedap!”

Hmm… boleh percaya ke? Cuba anda tengok video ini untuk lihat bagaimana ais krim ini dibuat.

Buat masa ini, tak ada lagi pengeluar ais krim di Malaysia yang dah cuba buat. Tapi kalau ada, anda berani try?

Sumber: Facebook ICE, Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

Terus Lapar Kan Tengok Mee Udang Banjir Ini? Rasa Nak Ke Kuala Selangor Sekarang!

Bayangkan mangkuk mee anda dibanjiri udang galah dan udang harimau, wow sedapnya!

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Thu, 3 May 2018

4 Tip Untuk Cegah Jet Lag Bila Pergi Dan Balik Dari Holiday

Jangan rosakkan percutian anda dengan jet lag! Cegah dengan ikuti tip ini.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Fri, 12 Oct 2018
Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain.

Eat Travel Tue, 7 May 2019

Berbuka sambil menderma dengan NY Steak Shack Share The Love Campaign

RM5 akan disalurkan dengan setiap pembelian menu istimewa pada bulan Ramadan ini.