Semalam, pakar pencetak online Photobox telah menyenaraikan calon-calon gambar Instagram untuk pertandingan fotografinya yang diadakan buat julung kalinya.
Terpilih daripada 180,000 penyertaan, gambar-gambar ini dibahagikan kepada 10 tema termasuklah travel, sukan dan fesyen.
Pada bulan depan, satu panel juri dan influencer akan menobatkan satu daripadanya sebagai Instagram Photograph of the Year. Pemilik gambar tersebut juga akan membawa pulang £5000 (RM27,145). Woooh!
Selain itu, £500 (RM2,715) tambahan pula akan diberi kepada pemenang-pemenang bagi setiap kategori.
Di bawah ini, jom check out 55 daripada gambar-gambar yang disenarai pendekkan untuk pertandingan ini.
Gambar yang mana yang anda suka? Jika nak tengok calon-calon lain yang tersenarai, lawati laman web pertandingan Photobox.
Kalau anda rasa gambar-gambar anda lebih menarik daripada yang ditunjukkan di atas, ataupun anda rasa skil fotografi anda lagi terrer, jangan lupa sertai pertandingan ini tahun depan, ya!
Sumber: Insider
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅