Bagi memastikan solekan anda memberikan kesan yang sempurna, produk kosmetik asas yang perlu ada ialah ialah bedak asas cecair, penutup cela, pensil kening dan gincu.
Tetapi jika anda ingin menyempurnakan lagi solekan, antara produk solekan tambahan yang perlu digunakan ialah highlighter. Tahukah anda apa kegunaannya?
Pernahkah anda melihat gambar selebriti yang menampilkan kulit muka bersinar dan berkilauan? Sinar itu datangnya daripada highlighter.
Bagaimanapun, ia tidak bermaksud kulit mereka berminyak. Sebaliknya ia tampak bercahaya lembut seolah-olah kulit mereka bersinar secara semula jadi.
Untuk mendapatkan rupa solekan ini, produk highlighter perlu dipakai di beberapa ‘bahagian tertentu pada kulit muka. Jangan sapu di seluruh muka pula!
Hendak tahu di mana? Di dalam video di bawah, Daniel Martin, jurusolek Meghan Markle untuk majlis perkahwinannya tahun lalu, mengajar panduan memakai highlighter.
Kebanyakan highlighter mempunyai dasar berwarna emas. Ini kerana warna highlighter hangat akan kelihatan bersinar pada pelbagai tona kulit.
Tetapi jika anda berkulit gelap, highlighter yang kemerahan warnanya akan menonjolkan lagi tona kulit anda.
Bagi kulit sederhana gelap, warna peach, coral dan limau tangerine akan tampak menarik.
Jika anda inginkan highlighter yang ketara warnanya, cuba tona putih, ungu violet ataupun ice purple.
Kawasan di pipi untuk pemerah pipi dan highlighter tak sama, ya! Highlighter patut dipedap pada tulang pipi anda atas sedikit daripada pemerah pipi.
Keliru? Tak apa, ikuti tutorial ini: Senyum dan letakkan penghujung jari pada tulang pipi – itulah yang dinamakan apple of the cheek. Kemudian naikkan jari itu 2 mm ke atas. Di situlah anda patut pedapkan highlighter.
Pedap dan sekatakan dari tempat itu ke arah belakang kepala melalui sebelah mata sampailah di bawah bulu kening. Dapat bayangkan bentuk C?
Highlighter mampu mencahayakan bahagian muka ini dan alihkan perhatian orang daripada kawasan yang lebih gelap (seperti lingkaran mata hitam di bawah mata).
Selain di pipi, ada kawasan lain yang patut disapu highlighter. Pedapkan perlahan pada bahagian alur di antara hidung dan bibir. Ia akan membuatkan bibir anda tampak lebih tebal.
Hidung pun anda perlu letakkan highlighter (fokus kepada hujungnya), tetapi jangan berlebihan! Nanti orang ingat berminyak pula.
Untuk hidung, guna sahaja lebihan highlighter pada jari. Dengan perlahan, sapukan pada batang hidung dan pedap sedikit di hujung.
Highlighter ini boleh menonjolkan tulang hidung dan membuatkannya tampak lebih tajam.
Bagi anda yang menggunakan highlighter berasaskan serbuk, calitkan sedikit salap bibir pada jari dan ulangi langkah 1 hingga 3.
Teknik ini membuatkan highlighter anda tampak lebih berkrim dan sekata dengan kulit. Barulah tampak semula jadi!
Tetapi jika anda memang sudah gunakan highlighter berunsur krim atau cecair, tak perlu ikuti langkah ini.
Dah tahu macam mana? Praktikkan, ya!
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..