Categories: familuvFeatured

Anak cerewet makan? Cuba idea kreatif ibu ini, memang berseni!

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Antara perkara yang paling dititikberatkan semestinya soal pemakanan sihat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk mendorong anak mengambil makanan yang berkhasiat.

Laleh Mohemdi, seorang ibu dari Melbourne, Australia merupakan antara ibu yang berhadapan dengan masalah yang sama di mana anaknya, Jacob agak cerewet dalam pemilihan makanan terutamanya sayur.

Atas sebab itu, Laleh hadir dengan idea kreatif untuk menjadikan makanan yang disediakan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan untuk si kecil.

Laleh turut berkongsi perjalanan kreativitinya di media sosial, Jacos Food Diaries. Bukan sahaja Jacob menyukainya, malah pencinta seni dan makanan turut jatuh cinta dengan hasil seni yang dilakukan Laleh.

Jom lihat antara hasil kreativitinya!

Cantik kan? Banyak lagi hasil yang comel dan menarik yang anda boleh lihat di Instagram tersebut. Jom H&H kongsi video bagaimana Laleh menghasilkan dekorasi makanan yang kreatif untuk anaknya itu.

 

 

Jadi kepada ibu bapa yang ada masalah anak-anak cerewet untuk makan makanan yang sihat, bolehlah lakukan pendekatan seperti Laleh. Anak sihat, ibu bapa pun gembira. Semoga bermanfaat!

Sumber: Tetty Betty

Ad Ops