familuv By: Yanie Baharom December 12, 2018 @ 9:00am

Cucu Lebih Rapat Dengan Nenek Sebelah Ibu, Kenapa Ya? Ini Sebabnya.

Siapa di antara kamu yang membesar dengan datuk dan nenek? Biasanya cucu yang dijaga oleh datuk dan nenek ini perangainya manja melampau dan ada juga kajian yang mengatakan mereka ini agak ‘spoiled’ kerana selalu dipertahankan nenek walaupun melakukan kesilapan sehingga dimarahi ibu bapa.

Yang pasti, sains kini telah membuktikan kenapa datuk dan nenek penting dalam kehidupan cucu selain dari kasih sayang mereka. Lebih-lebih lagi nenek sebelah ibu!

Nak tahu sebabnya kenapa? Jom kita singkap lampiran kajian di bawah!

Foto: CafeMom

1. Pengaruh DNA 

Setiap organisma di bumi ini dibuat dari DNA (Deoxyribonucleic Acid), seperti huruf yang membentuk arahan. Genetik adalah kumpulan DNA yang
membuat keseluruhan pesanan pada arahan. ‘Arahan’ diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak pada setiap generasi.

Datuk dan nenek sebelah ibu dan ayah mempunyai suku DNA yang sama dengan cucu mereka.

Kedua-dua genetik datuk dan nenek diwarisi oleh cucu. Tapi, sains menemui yang nenek sebelah ibu mempunyai kesan yang lebih pada cucu mereka.

2.  Tidak sekadar menjaga cucu, peranan mereka lebih daripada itu!

Mereka lebih rapat dengan cucu kerana mereka melahirkan si ibu. Mereka biasanya lebih cenderung untuk mengambil tanggungjawab berlebihan.
Seperti contoh, mereka lebih banyak berinteraksi dengan cucu berbanding datuk dan nenek lain.

Foto: westcountyservices

3. Genetik yang kuat antara nenek sebelah ibu dan cucu mereka

Menurut teori, kromosom X menerangkan kenapa nenek sebelah ibu dan sebelah ayah berhubung dengan cara berlainan pada cucu mereka.

Seperti yang kita tahu, kromosom lelaki adalah XY. Kromosom perempuan pula adalah XX. Kromosom X dan Y diturunkan oleh sperma dan telur ibu bapa serta akan menentukan jantina.

25% kromosom X pada nenek kandung sebelah ibu mempunyai hubungan dengan cucu mereka (perempuan atau lelaki) tapi nenek sebelah ayah hanya menurunkan satu kromosom X pada anak perempuan.

Tapi tak ada kromosom X yang diberikan pada cucu lelaki. Ini bermakna, nenek sebelah ayah kongsi 50% kromosom X dengan cucu perempuan tapi 0% kromosom X pada cucu lelaki.

Saintis percaya yang “ketidakpastian ayah” boleh mempengaruhi motivasi datuk dan nenek sebelah ayah untuk menjaga cucu mereka. Teori ini mencadangkan yang ahli keluarga lelaki tak yakin yang mereka boleh 100% ambil berat pada anak-anak.

Lama kelamaan “ketidakpastian ayah” mengurangkan kerelaan saudara belah bapa untuk menjaga anak mereka – termasuk nenek sebelah ayah.

Wanita pula yakin dengan anak yang mereka lahirkan dan hubungan ini diturunkan dari generasi ke generasi.

Foto: ImgCop

4. Kebanyakan cucu dijaga oleh nenek  sebelah ibu

Teori lain dari penulis novel Alejandro Jodorowsk mengatakan, di antara keempat-empat datuk dan nenek, cucu lebih rapat dengan nenek pada sebelah ibu.

Menurutnya, hal ini kerana genetik diturunkan dari generasi ke generasi. Kerana ini, beberapa orang lebih menyerupai nenek dan datuk mereka daripada ibu bapa mereka.

Dia juga percaya yang ibu bukan saja menurunkan genetik dan DNA-nya kepada anak perempuan mereka. Dia juga menurunkan emosi kepada anak perempuan mereka dan proses ini berulang pada anak perempuan kepada anak perempuan mereka.

Lagipun kebanyakan cucu dijaga nenek sebelah ibu. Ini kerana apabila wanita melahirkan anak dan melalui proses berpantang, mereka biasanya mahu dijaga oleh ibu.  

Jadi nenek sebelah ibulah yang banyak berkorban untuk menjaga cucu mereka sebaik dilahirkan!

Akhir kata, beberapa teori ini menerangkan kenapa nenek sebelah ibu penting pada cucu. Walau bagaimanapun, orang datang dari latar belakang yang berbeza dan tak semestinya ia sama dengan realiti.

Sebagai cucu, kita perlu bersyukur dan menghargai datuk dan nenek kita tak kisah berapa banyak genetik yang mereka kongsi dengan kita. Serta, hargai mereka sementara mereka masih ada.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

3 Menu Si Manja Berasaskan Avocado Yang Penuh Berkhasiat

Avokado mengandungi serat makanan yang baik untuk kesihatan usus.

Featured Fri, 24 Dec 2021

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi […]

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣

Featured Sat, 26 Feb 2022