Categories: Eat TravelFeatured

Dive Bahrin, taman tema laut pertama di dunia. Wow!

Kapal terbang terhempas di dasar laut apabila mana tiada seorang penumpang mahupun anak kapal berjaya menyelamatkan diri antara kisah tragis yang pernah menghantui dunia.

Malaysia sendiri pernah melaluinya menerusi episod menyayat hati MH17, MH370 dan AirAsia QZ8501, dan semua kejadian ini berlaku dalam masa dua tahun.

Namun begitu, ada satu saja jenis kapal terbang yang boleh menjamin keselamatan anda di dasar laut, malah anda boleh menerokai dunia marin dan pelbagai eksplorasi menarik sekitarnya.

Foto: visitbahrain

Taman tema dasar laut yang dinamakan sebagai Dive Bahrain itu bakal dibuka di Bahrain dan merupakan taman tema dasar laut pertama di dunia.

Menariknya, kapal terbang Boeing 747 ditenggelamkan di dasar laut kepulauan Bahrain yang terletak di ibu kota Manama. Pastinya ini akan memberikan satu peluang dan pengalaman yang baharu kepada anda yang gemar menyelam.

Foto: Scuba Diver Magazine

Walaupun pesawat tersebut ditenggelamkan untuk tujuan tarikan pelancong, akan tetapi habitat laut tetap dijaga dengan baik apabila bahan-bahan toksik daripada pesawat itu dikeluarkan demi menjaga kawasan persekitaran.

Selai itu, taman tema berkenaan juga tampil dengan replika rumah peniaga mutiara tradisional Bahrain, terumbu karang buatan dan ukiran lain yang dibuat daripada bahan mesra alam.

Pelancong boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai taman tema dasar laut ini dengan melayari laman sesawang https://divebahrain.com/dan bagi anda yang gemar menyelam, ini adalah peluang yang harus anda rebut. Wah tak sabarnya!

Yanie Baharom