Kerajaan menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat menjelang sambutan Hari Raya berikutan ramai yang cuba untuk merentas negeri meskipun Kerajaan memberi amaran kompuan akan dikenakan kepada individu yang ingkar.
Semalam sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat itu seolah-olah menunjukkan mereka tidak peduli nasihat Kerajaan, malah tidak bimbang jika dijangkiti COVID-19.
Sehubungan itu, katanya, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada individu yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).
“Saya menjangkakan tidak banyak kenderaan yang mahu merentas negeri, rupa-rupanya sangkaan saya silap sekali lagi hari ini. Semalam sebanyak 1,633 kenderaan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. Bagaimanapun, kenderaan ini telah diarahkan untuk berpatah balik oleh pihak polis. Semakin nak dekat raya, semakin bertambah lagi jumlah kenderaan.
“Pihak polis masih lagi bertimbang rasa untuk tidak mengenakan kompaun dan lain-lain tindakan. Saya percaya akhirnya pihak polis pastinya akan mengenakan tindakan undang-undang yang lebih keras lagi kepada mereka yang masih ingkar,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKPB, di Putrajaya, hari ini.
Pihak polis melaporkan sebanyak 250,891 kenderaan diperiksa dalam 149 sekatan jalan raya yang dilakukan, semalam.
PDRM turut melaporkan menahan 142 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang mana 124 individu direman, tiga individu dijamin polis dan 15 individu diberikan kompaun oleh polis.
Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa akan sentiasa mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan.
“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang dan kompaun telah mula dikeluarkan. Jangan ambil kesempatan terhadap tindakan awal polis yang hanya menasihat dan memberi amaran, kerana pihak polis sudah mula bertindak melebihi daripada amaran,” katanya.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅