Categories: FeaturedGaya Hidup

Jangan asyik makan, awasi waktu makan sepanjang tempoh duduk di rumah

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, ramai disarankan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan agar jumlah yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat dikurangkan.

Apabila 24 jam berada di rumah, faham-faham sahajalah, kejap-kejap akan rasa mahu mengunyah. Tambahan pula, stok makanan yang dibeli ketika tengah panik sebelum ini masih banyak.

Bayangkan baru hari ketiga perintah larangan dilaksanakan, dah naik berat badan. Dalam tempoh dua minggu, mahu terkejut lihat penimbang berat badan nanti!

Kredit gambar: thescienceexplorer.com

Ingat, kita duduk di rumah mahu mengelak daripada jangkitan wabak COVID-19, jangan sampai penyakit lain pula yang timbul pada kemudian hari. Apapun, jangan biarkan ia berlarutan jika tidak mahu menyesal akan kesannya nanti.

Jom kita ikuti panduan yang dikongsi menerusi Facebook Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan (KKM).

1. Awasi waktu makan

Kredit gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM

Saranan waktu makan yang betul adalah dari 7.00 pagi hingga 8.30 pagi untuk sarapan, 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang hingga 8.30 malam untuk makan malam.

Kredit gambar: BBC

Disiplin dan tetapkan waktu makan untuk ahli keluarga dan pastikan juga mereka tidak melangkau waktu makan yang sepatutnya.

2. Jangan ikutkan selera dan nafsu

Jika rasa lapar tidak dikawal, anda berpotensi untuk makan makanan yang tidak sepatutnya secara berlebihan. Ini mungkin akan menyumbang pada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi.

Kredit gambar : www.healthywomen.org

Perlu diingat, bagi yang suka makan malam, pastikan ambil hidangan yang berkhasiat dan tinggi serat untuk memberi rasa kenyang yang mencukupi.

3. Amalkan pemakanan sihat

Jika terasa lapar, minum air kosong dan ambil snek ringan seperti segelas susu, buah-buahan, kekacang, roti, biskut bijirin penuh atau dadih.

Kredit gambar : HIV AIDS Guide

4. Kawal kuantiti makanan diambil

Bijaklah dalam merancang pengambilan makanan. Pastikan anda kawal kuantiti setiap makanan yang diambil. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

5. Sibukkan diri

Anda boleh mengawal rasa lapar dengan menyibukkan diri melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Cipta dan rancang aktiviti menarik serta berfaedah bersama-sama ahli keluarga ketika tempoh kawalan pergerakan ini.

Kredit gambar : littlerockfamily.com

Selain itu, anda juga boleh berpuasa sunat dan elak tidur lewat kerana berjaga lewat malam membuatkan anda mudah lapar.

Semoga bermanfaat!

Ad Ops