Categories: FeaturedGaya Hidup

Kerajaan Kata, Wajib Pasang Kerusi Keselamatan Bayi Dalam Kereta Pada Tahun 2020

Semalam, kerajaan telah mengumumkan tentang peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian adalah diwajibkan bermula pada tahun 2020. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook itu juga menyatakan peraturan tersebut akan dilaksanakan secara mandatori di mana pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.

“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia dari segi, tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos kerusi bayi lebih mampu untuk dibeli,” katanya.

Foto: Us.diono.com

Selain itu, pihaknya juga telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MoF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah. 

Jadi, kepada ibu bapa perlulah peka akan peraturan baharu ini. Sememangnya, kerusi keselamatan bayi adalah penting untuk menjamin keselamatan bayi mahupun kanak-kanak ketika kereta kenderaan bergerak. Bila adanya kerusi keselamatan ini, tak perlu lagi meriba anak anda.

Sumber: Astro Awani

tex_admin