Categories: FeaturedGaya Hidup

Lisa Surihani luah rasa rindu? Siapa gerangan yang dirindui?

Pelakon cantik, Lisa Surihani menerusi video di Instagram jenama produk kecantikan dan penjagaan diri, Cetaphil Malaysia berkongsi perbezaan sambutan Ramadannya pada tahun ini.

Menurut isteri kepada Yusry Abdul Halim itu, dia mengakui Ramadan kali ini amat berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan sejak 18 Mac lalu.

“Ramadan pada tahun ini amat berbeza kerana saya tidak dapat berbuka dengan adik-beradik saya. Rindu juga, tapi tidak mengapa. Kita melakukan benda yang betul dan kita kena ikut arahan PKP, jadi saya harap kita dapat jaga keselamatan dan kesihatan diri,” katanya.

Menerusi video berkenaan, Lisa yang juga duta Cetaphil turut berkongsi rutin penjagaan kulitnya, kepentingan menjaga kulit wajah dan juga cara mengekalkan kelembapan kulit ketika PKP serta Ramadan.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video yang dikongsi Lisa di Instagram miliknya, pelakon yang memiliki kulit sihat dan berseri itu juga berkongsi bagaimana cara dia berjaya meminum lapan gelas air sehari ketika bulan Ramadan.

“Saya nak kongsi macam mana saya masih boleh minum lapan gelas air sehari walaupun ketika bulan puasa. Saya minum dua gelas semasa buka puasa, dua gelas selepas tarawih, dua gelas ketika bangun tahajud dan dua gelas apabila bangun sahur.

“Itu cara yang saya buat dan dapat juga minum lapan gelas sehari. Tapi, bukan lidah sahaja yang perlu kekal hidrasi, tapi kulit muka juga. Jadi saya guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser supaya dapat kekalkan kelembapan kulit wajah,” katanya.

Jika anda ingin berinteraksi dengan Lisa Surihani, jangan lupa ikuti Sembang Moreh H&H menerusi IG Live pada Jumaat, 8 Mei jam 10 malam. Jangan lupa ikuti Instagram @hijabnheelsofficial untuk bersembang dan bertanyakan apa sahaja soalan kepada bintang kesayangan anda.

Ad Ops