Categories: Eat TravelFeatured

Makan hatinya tengok Adele sekarang, jom cuba sirtfood diet

Wanita mana yang tidak menginginkan tubuh seksi seperti Kim Kardashian mahupun Jennifer Lopez (JLo). Ibaratnya apa juga busana yang digayakan dua ikon fesyen itu, pasti cantik terletak!

Tetapi, berapa ramai wanita yang sanggup mengorbankan tabiat makan mereka untuk mendapatkan tubuh seindah Kim dan JLo?

Harus diingat berazam saja tidak mencukupi, akan tetapi semangat tekad dan disiplin mampu merealisasikan impian anda.

Jika sebelum ini jenis-jenis diet seperti paleo, atkins, vegetarian diet, makanan mentah dan intermittent fasting yang diperkenalkan pakar pemakanan berjaya menurunkan berat badan mereka yang mengamalkannya, tahun lalu sirtfood diet pula mencuri perhatian.

Sirtfood diet menjadi sangat popular sejak tahun lalu apabila penghibur bervokal hebat kelahiran Britian, Adele, yang sebelum ini bertubuh gempal berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kilongram.

Adele dan Spice Girls Foto: Popsugar

Penampilan Adele itu mengejutkan pelbagai pihak apabila tampil dengan bentuk tubuh yang langsing sehingga menampakkan tulang selangka ketika gambar percutiannya bersama penyanyi Harry Styles tersebar, tidak lama dulu.

Konsep sirtfood diet dicipta oleh dua pakar pemakanan, Aidan Goggins dan Glen Matten yang menekankan cleanse diet dalam rutinnya.

Kajian juga mendapati pengamal diet ini mampu menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram dalam tempoh seminggu.

Minuman jus hijau terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan seperti campuran buah epal hijau, lemon dan daun ketumbar antara menu sirtfood diet.

Foto: CBS News

Sirtfood diet juga menekankan pemakanan yang mengaktifkan sirtuin iaitu sejenis protein yang membantu dalam mengatur metabolisme, malah mengawal nafsu makan.

Bagaimanapun, rutin diet ini sangat berat dan ketat. Apa yang perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh seminggu termasuklah:

1. Membataskan pengambilan 1,000 kalori dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein untuk tiga hari pertama.

2. Dalam tempoh itu pengamalnya hanya dibenarkan menambah pengambilan kalori sehingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.

Foto: Rueckgrat

3. Untuk fasa pemeliharaan pula seseorang itu harus makan tiga hidangan seimbang ditambah dengan senaman efektif bagi mendapatkan kesan yang diingini dan memberangsangkan.

Bagi anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan mungkin boleh mencuba sirtfood diet ini. Jika Adele membuktikan dia mampu, anda juga pasti boleh!

Yanie Baharom