Eat Travel By: Ad Ops January 8, 2019 @ 5:00pm

Ramalan waktu bunga sakura mengembang di Jepun untuk 2019

Kalau anda ingin menikmati pemandangan bunga sakura mekar yang paling cantik, Jepunlah destinasi yang anda cari.

Dalam bahasa Jepun, aktiviti ini dipanggil Hanami yang bermaksud “flower viewing”.

Situasi ini merupakan tradisi warga tempatan yang mana orang ramai boleh menikmati keindahan flora yang juga dipanggil Cherry Blossoms ini.

Setiap kali musim bunga tiba, Negara Matahari Terbit itu akan diserikan dengan bunga-bunga sakura yang mengembang dan menghiasi pokok-pokok di taman serta di tepi jalan.

Pemandangan itu sangat sinonim dengan Jepun sehingga tidak boleh dibayangkan musim bunga di negara itu tanpa terfikir sekali tentang imej kawasan yang diliputi dengan warna merah jambu.

Bila sudah cantik sebegitu, mestilah ramai – dari dalam dan luar negara – yang rasa berminat untuk melihatnya dengan mata sendiri.

Tetapi yang menarik mengenai spesies ini adalah ia hanya akan mekar pada waktu tertentu ketika musim bunga. Jika tersilap tarikh, impian untuk melihat pemandangan indah Hanami tidak kesampaian.

Jadi jika anda mempunyai keinginan untuk melihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan itu, ikuti tarikh sakura dijangka akan mekar, berdasarkan corak pada tahun lalu.

Berikut adalah lokasi dan waktu terbaik di Jepun untuk anda pergi. Apa-apa pun, jika anda ke Jepun pada musim bunga, Hanami memang patut dimasukkan ke dalam jadual aktiviti anda.

Tokyo (17 Mac – 1 April)

Foto: Zengame

  • Tarikh mekar penuh: 24 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Shinjuku Gyeon, Yoyogi Park, Ueno Onshi Park, Sumida Park

Osaka (20 Mac – 4 April)

  • Tarikh mekar penuh: 27 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Expo ‘70 Park, Commemorative Park, Kema Sakuranomiya Park, Osaka Castle Park

Fukuoka (18 Mac – 4th April)

Foto: Yasuhiro Itoi

  • Tarikh mekar penuh:  27 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Fukuoka Castle Ruins, Uminonakamichi Seaside Park, Nishi Park, San Hou Park, Atago Shrine

Hiroshima (22 Mac – 5 April)

  • Tarikh mekar penuh: 29 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Peace Memorial Park, Five-Storied Pagoda, Hiroshima Castle, Shukkeien Garden

Nara (23 Mac – 4 April)

Foto: Wei Chun

  • Tarikh mekar penuh: 28 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Nara Park, Yoshimizu-jinja Shrine, Koriyama Castle Park, Mount Yoshino

Okayama (23 Mac – 5 April)

  • Tarikh mekar penuh: 30 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Okayama Korakuen

Fukushima (30 Mac – 14 April)

Foto: juor2

  • Tarikh mekar penuh: 6 April
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Natsui River Senbonzakura, Miharu Shidarezakura, Kasumiga Castle Park, Hanamiyama Park, Ogawa Suwa Shrine

Nagano (4 April – 17 April)

  • Tarikh mekar penuh: 10 April
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Takato Castle Park

Aomori (17 April – 26 April)

Foto: Shinya ICHINOHE

  • Tarikh mekar penuh: 22 April
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Hirosaki Park

Nagoya (19 Mac – 2 April)

  • Tarikh mekar penuh: 27 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Nagoya Castle, Nagoya Peace Park

Kyoto (21 Mac – 3 April)

Foto: Vlad

  • Tarikh mekar penuh: 28 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Heian Shrine, Daigoji Temple

Hokkaido (1 Mei – 13 Mei)

  • Tarikh mekar penuh: 2 Mei
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Noboribetsu Onsen Sakura Tunnel, Arashiyama Koen

Shizuoka (18 Mac – 4 April)

  • Tarikh mekar penuh: 27 Mac
  • Lokasi paling baik untuk Hanami: Shizuoka Sengen Park, Sunpu Castle Park

Sumber: Tripzilla

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Featured Wed, 4 Mar 2020
Eat Travel Tue, 18 Sep 2018

Ikuti 8 Tip Penting Ini Supaya Penerbangan Jarak Jauh Anda Lebih Selesa

Ikuti tip-tip ini supaya penerbangan anda lebih selesa.

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Featured Sun, 31 May 2020
Featured Wed, 9 Nov 2022

Ibu Wafariena Kesal Dengan Sikap Iqbal Zulkefli – “Saya Ada Di Lokasi Penggambaran Itu & Iqbal Yang Minta Bergambar…”

Terbaharu, ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba membabitkan anaknya dalam gosip cinta sehingga mendatangkan publisiti murahan di media sosial. Memetik […]

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kami Berbeza Dari Segi Style..” – Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

Ini bagus, bersaing secara sihat! Support semua group 🤩 Congratulations Stellar untuk single pertama. Goodluck 🤩 Korang jangan lupa dengar kat YouTube ok! Best tau lagu niii 🤩🤩🤩