Categories: FeaturedGaya Hidup

Resepi Mudah Chocolate Mug Cake. Siap Dalam Masa 2 Minit!

Anda penggemar kek coklat tetapi tidak tahu cara nak buat? Kami kongsikan resepi paling cepat dan mudah untuk anda lakukan di rumah, yang pasti ia mengambil masa 2 minit saja! Bila lagi anda nak tunjukkan bakat depan suami dan anak-anak kan, inilah masanya! 

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah:

2 sudu besar (1 oz | 30 g) tepung naik sendiri

1 sudu besar pemanis semulajadi atau gula pasir

1/4 sudu teh serbuk penaik

Secubit garam

1 sudu teh mentega rendah lemak (cairkan) boleh juga guna minyak kelapa

2 sudu makan (40ml) susu kacang almond atau susu skim ( 2 1/2 sudu susu jika menggunakan 1 sudu serbuk koko)

1/8 sudu teh vanila tulen

3/4 sudu kecil cip coklat

Cara-Caranya:

Semburkan minyak masak ke dalam cawan, kemudian masukkan tepung, pemanis atau gula, serbuk koko, serbuk penaik dan secubit garam. Kacau sehingga sebati. Seterusnya, tambahkan mentega cair, susu dan vanilla. Kacau dan masukkan cip coklat. Selepas siap kacau, taburkan pula cip coklat.

Panaskan microwave dengan menggunakan tetapan ‘cepat’ atau ‘tinggi’ selama 40 saat. Selepas itu, masukkan cawan yang sudah siap tadi ke dalam microwave dan bakar selama 10 saat. Siap!

Anda juga boleh menggunakan oven dengan memanaskan ketuhar 180C dan bakar selama 15 minit.

Setelah siap anda boleh menikmati kesedapan Chocolate Mug Cake ini bersama gula aising, ice cream vanilla dan buah-buahan.

Mudah kan? Apa lagi jom try

Sumber: Cafe Delites

tex_admin