Gaya Hidup By: Yanie Baharom March 7, 2018 @ 5:41pm

Dengar Macam Pelik Bin Ajaib, Tapi 5 Tip Kesihatan Ini Khabarnya Berkesan!

Pernah atau tidak anda mengamalkan petua atau tips yang kedengaran pelik tetapi berkesan dalam menyembuh dan merawat jenis penyakit atau masalah yang dialami anda.

Dan paling wow sekali sesetengah tips atau petua itu lebih baik dan berkesan daripada menggunakan perubatan moden. Nak tahu apa 5 tip itu, let’s check it out

1. Demam panas

Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam panas yang tidak keterlaluan, mungkin dengan hanya meminum banyak air dapat membantu. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais di bawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan. Sekiranya tidak berhasil, pergi dapatkan rawatan doktor.

2. Gemuruh

Sekiranya anda mengalami masalah darah gemuruh apabila berada di dalam sesuatu situasi, tip terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menghidu bau buah epal hijau. Hasil daripada kajian oleh Dr Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia), bau daripada epal hijau dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang.

hdwallsource.com

3.Mengelak luka daripada jangkitan kuman

Mungkin di dalam rumah anda tidak memiliki cecair pencuci luka yang membantu untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Tip terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan madu. Sapu madu pada bahagian luka kemudian balut. Ini kerana madu mempunyai ciri-ciri anti bakteria yang dapat melindungi luka ringan.

www.dabur.com

4. Menghentikan pendarahan

Sekiranya jari anda terluka semasa memotong di dapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada dan arang. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada atau serbuk arang pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.

hellosehat.com

5.Ketagihan rokok

Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan rokok, tip terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ada yang tak  faham ke? Okay senang, macam ni anda perlu rapatkan ibu jari dengan jari telunjuk macam simbol ‘finger heart’ yang artis Korea biasa buat tu. Kemudian gosokkan sekerap mungkin kerana ia dapat memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu untuk seseorang berhenti rokok sebanyak 25%.

www.pinterest.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 21 Jan 2018

5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan

Mengelak belenggu stress lagi mudah berbanding mengendalikannya. Tak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit untuk satu pakej staycation di pinggir kota, atau sesi spa berjenama popular.

Featured Wed, 15 May 2019
Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019
Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Diet Aneh Golongan Selebriti Memang Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa

Tuntutan kerja dan demi memuaskan pandangan ramai, seorang selebriti perlu tampil sempurna seolah tiada cacat celanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Acara Mon, 15 Jul 2019

ABPBH 32 sedia pelbagai acara untuk peminat seni

BH dekati pembaca yang setia menyokong ABPBH

Featured Tue, 25 Jun 2019
Featured Wed, 16 Jan 2019

Bayi ini dipilih sebagai model kempen jenama syampu terkemuka kerana rambutnya!

Rasanya dialah model tercomel dalam sejarah iklan syampu.