Gaya Hidup By: Fatin Nurain March 21, 2024 @ 1:39pm

Ini 9 Kenangan Kad Raya Macam Dulu-Dulu Yang Ramai Buat! – “Nombor 2 Tu Paling Famous”

Suatu ketika dahulu, antara perkara yang dinanti-nantikan setiap kali musim perayaan adalah kiriman kad raya.

Selain menggunakan lampu kelip-kelip, kelonsong ketupat dan pelita, kad raya juga menjadi salah satu barang  hiasan untuk menyerikan rumah menjelang raya.

Malah, kad raya juga adalah satu perkara yang amat sentimental buat si penerima sekali gus mampu menjadikan Aidilfitri yang bermakna.

Berikut adalah sembilan kenangan kad raya macam dulu-dulu yang turut mencuit hati ramai:-

1. Suatu ketika dahulu, paling excited tunggu abang posmen sampai di depan rumah. Tertanya-tanya, “ada tak surat untuk saya hari ni bang?

2. Kad raya yang dihantar penuh dengan bedak atau disembur dengan pewangi, biasanya yang cara begini pasangan yang sedang hangat bercinta.

3. Selalu compare dengan kawan-kawan sekelas siapa yang dapat kad raya paling banyak, especially daripada secret admirer masing-masing.

 

4. Kad raya digunakan untuk menghias rumah menjelang Hari Raya. Kad raya akan digantung di sana sini atau ditampal di dinding-dinding rumah.

5. Ada kad raya yang direka sendiri dan dalam pelbagai size. Ada yang mencipta kad raya sendiri dengan memotong huruf-huruf daripada suratkhabar dan majalah untuk mencantikkan kad raya masing-masing.

6. Salah satu kad raya yang popular dahulu adalah kad raya yang disertakan dengan bunyi lagu-lagu Raya. Ramai yang teruja apabila mendengar instrumental lagu Raya sebaik sahaja kad raya dibuka, apatah lagi semasa membaca bait-bait ucapan yang dihantar oleh orang yang tersayang.

 

7. Ucapan Raya dulu-dulu bukan main, macam-macam pantun, ada juga yang puitis! Antara pantun paling popular dulu-dulu, pendek aje, “Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas!”. Ada lagi satu, “Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung!”.

8. Paling manis, dulu-dulu bersemangat hantar kad raya kepada artis kesayangan kita. Lepas tu, artis kesayangan kita tu balas. Punya excited sampai bagitahu semua orang, kalau boleh satu kampung, “Aku dapat kad raya dari Erra Faziraaa!”.

 

9. Satu lagi kenangan nak hantar kad raya dulu-dulu, kena beratur nak beli setem, lepas tu tampal satu-satu kat sampul, kadang-kadang guna gam yang ada dekat pejabat pos tu, kadang-kadang juga air liur kalau terdesak (hehehe), baru masukkan kad raya tu ke dalam kotak pos. Kena hantar awal-awal, jangan tunggu sampai minggu terakhir Ramadan. Memang tak sampailah kad raya tu dik.

Sempena raya tahun ini, jom kembalikan tradisi menghantar kad raya macam dulu-dulu. Hantarkan kad raya paling kreatif anda ke TV9 di alamat berikut sebelum 24 Mac 2024:

CONTENT & CREATIVE MARKETING TV9,
TINGKAT 2, SAYAP UTARA,
SRI PENTAS, NO. 3, PERSIARAN BANDAR UTAMA,
BANDAR UTAMA,
47800 PETALING JAYA,
SELANGOR

Lebih menarik lagi, hos-hos TV9 akan bacakan kad Raya korang di TV menjelang Syawal nanti.

Jika anda masih menyimpan koleksi kad Raya yang dulu-dulu, anda juga boleh kongsikan dengan TV9 melalui media sosial. Caranya mudah sahaja, post di timeline atau story korang dan gunakan dua tanda pagar ini #YeayKadRaya #MacamDuluDulu serta tag @TV9Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Aug 2019

1,500 pasangan dedah rahsia kebahagian jangka panjang mereka – ia bukan komunikasi

Inginkan hubungan yang tahan lama? Jom ketahui rahsianya.

Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Gaya Hidup Wed, 3 Jul 2019
Gaya Hidup Fri, 1 Jun 2018

7 Sebab Kenapa Wanita Patut Enjoy Zaman Mereka Tengah Single

Bila dah kahwin nanti, mungkin anda tak boleh enjoy dah. Serius!

Featured Fri, 17 Apr 2020

Cara memaksimumkan konsep bekerja dari rumah

Kenal pasti perkara perlu diberi keutamaan