Gaya Hidup By: Padin March 10, 2023 @ 12:04pm

Teringin Menikmati Iftar Romantis Ala Kenduri Kahwin Di Bulan Ramadan? Jom Ke The Hall!

Hidangan ala kenduri kahwin boleh kita dapati jika berkunjung ke majlis pernikahan atau majlis resepsi perkahwinan.

Namun, jika anda teringin untuk menikmatinya di bulan Ramadan, di manakah tempat yang harus anda kunjungi?

Jangan risau kerana bersempena bulan puasa ini, The Hall menganjurkan Iftar @ Hall 2 dari 1 April hingga 16 April 2023 dan berbesar hati menjemput semua pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan kemeriahan iftar!

Berkesempatan berkunjung ke sana untuk merasai sendiri pengalaman gastronomi yang dihidangkan di The Hall, hidangan masakan ala kenduri menarik minat pengunjung kerana kelazatannya!

Hidangan seperti Nasi Putih, Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Daging Black Pepper, Ikan Masin Masak Lemak Nenas, Paru Goreng Sambal dan Pajeri Terung memang membuka selera!

Jangan risau, hidangan yang disediakan berada dalam kelas tersendiri dan ia juga enak serta berkualiti. Memang puas makan sajian ala kenduri tau!

Bukan itu sahaja, selain juadah tradisi Melayu, rasai pengalaman baharu kenikmatan berbuka puasa dengan juadah masakan Cina dan India bersama keluarga, rakan-rakan dan sanak saudara di dalam dewan yang serba indah memukau mata menghiasi suasana berbuka puasa.

Selain hidangan ala kenduri, Iftar @ Hall 2 menawarkan lebih 50 jenis pelbagai hidangan istimewa antaranya aneka bubur, pengat dan kuih muih, buah-buahan, pelbagai hidangan kerabu dan jeruk serta menu berkonsepkan stall seperti Sup Ayam, Sup Cendawan, Roti John, Murtabak, Soto, Dim-Sum dan pelbagai jenis pemanis mulut tradisional melayu dan moden.

Pilihan minuman sejuk dan panas termasuk cendol dan tidak dilupakan hidangan istimewa Iftar @ Hall 2 pada tahun ini adalah Kambing “Grilled” yang menjadi rebutan ramai di bulan puasa.

Kesemua hidangan ini ditawarkan melalui pakej iftar mampu milik iaitu RM69.90 bagi dewasa, RM39.90 bagi kanak-kanak (4 tahun ke bawah percuma) dan harga untuk group booking hanya RM630 (table 10 pax) untuk promosi early bird dari 1 Mac hingga 22 Mac 2023.

Manakala harga penuh selepas 1 April 2023 adalah RM79.90 (Dewasa).

Sebarang pertanyaan mengenai pakej berbuka puasa dan tempahan, boleh hubungi Iftar @ Hall 2 di talian 012-3732003.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jan 2018

Tip Diet Efektif

Sudah penat berdiet tetapi berat badan masih tidak berkurangan? Di mana silapnya? Mungkin anda meninggalkan waktu makan tertentu tetapi makan dengan kuantiti yang  banyak apabila berpeluang untuk makan. Fakta membuktikan, pengambilan kalori yang melebihi jumlah […]

Featured Tue, 21 Aug 2018

Beli Sekeping Pizza Dari Mesin Layan Diri Sahaja. Maju Betul Negara Jepun!

Penghasilan pizza mesin ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja!

Featured Fri, 27 Dec 2019
Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Mariah Carey Luahkan Rasa Hati Setelah Bergelut Dengan Gangguan Bipolar Dalam Diam

Kehidupan Mariah sering melalui liku-liku tajam yang memang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan mental mana-mana individu.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Wed, 28 Nov 2018
Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Confirm Ke Pinggang Ramping? Ahli Fisioterapi Ini Kongsi Korset Buat Otot Bertukar Jadi Lemak Jika…

Namun, benarkah pemakaian korset ini membantu mendapatkan postur badan yang anda dambakan atau sebaliknya?

Featured Wed, 20 Jun 2018

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Bersihkan dan cuci beg tangan kulit anda untuk sentiasa nampak cantik dan macam baharu lepas beli!