Hiburan By: Padin August 3, 2021 @ 9:38am

Bael0n Beri Nafas Baharu Lagu Amelina

Selebriti TikTok yang kini bergelar penyanyi, Bael0n kini tampil memberikan nafas baharu kepada lagu Rindu nyanyian asal Amelina dalam versi tersendiri.

Menurutnya, dia sangat yakin pertaruhan itu cukup tepat untuknya memberi angina baharu kepada pendengar menerusi gabungan dangdut dan rap.

“Lagu Rindu oleh Amelina adalah lagu yang malar segar dan saya mendengarnya di TV sejak kecil lagi. Saya rasa jikalau lagu ini diberi nafas baharu pastinya mampu memberikan impak dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Menariknya, Bael0n memutuskan untuk tidak mengubah drastik melodi asal dangdut dalam Rindu dan dia membuat keputusan berani untuk menonjolkan kemampuan menyanyi rap serta menulis sendiri liriknya.

Semakin jatuh cinta terhadap genre muzik itu, Bael0n sentiasa memperbaiki penulisan serta kemahiran rapnya dari semasa ke semasa. Paling penting, semestinya mempraktikkan ia dalam setiap lagu nyanyiannya.

“Sejujurnya saya bukan nak menjadi ‘rapper segera’, tapi saya ingin belajar menjadi seorang penghibur yang mampu membawakan pelbagai genre. Dalam pada masa yang sama, saya juga masih belajar untuk menulis lirik.

“Untuk lagu Rindu ini, lirik sepenuhnya daripada saya dan menulisnya dengan menggunakan perkataan yang mesra kita dengar. Insya-Allah, saya akan terus memperbaiki penulisan lirik saya pada masa yang akan datang,” katanya.

Sebagaimana pendatang baharu seni suara yang lain, Bael0n tidak menyangkal dia juga masih bergelut dengan cetusan idea untuk berkarya. Apalagi lagu berdurasi pendek yang perlukan transisi pantas untuk menarik perhatian pendengar.

“Bagi saya, bahagian paling mencabar sebagai seorang penulis adalah ketika hendak mencari ilham. Tetapi, untuk lagu yang berdurasi satu minit ini, saya menggunakan perkataan rindu daripada lagu Amelina subjek utama dalam penceritaan lagu saya.

“Sebenarnya proses pembikinan dan rakaman tidak memakan masa yang lama pun. Cuma pada bahagian komposer saja mengambil sedikit masa kerana proses penghasilannya bukan mudah sebagaimana dialami pengkarya muzik lain.

“Secara peribadi, lagu ‘Rindu’ ini boleh dikait rapat dengan situasi yang berlaku sekarang. Seperti yang kita semua tahu, kita sedang mengalami pandemik yang mana kita diwajibkan untuk duduk di rumah.

“Semestinya, perasaan rindu keluar rumah, rindu jalani kehidupan normal, rindu jumpa kawankawan dan keluarga, atau lepak mamak tanpa memerlukan pelitup muka semakin membuak-buak.

“Atas sebab demikian, lagu Rindu ini boleh digunakan sebagai sebuah ungkapan perasaan rindu buat orang tersayang atau pasangan yang bercinta jarak jauh,” katanya.

Sekitar awal tahun ini, Bael0n sudah pernah tampil dengan lagu ‘Cek Mek Molek’, juga nafas baharu buat lagu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau.

‘Rindu’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Sat, 22 Jul 2023

ABPBH 35: Pernah Dihiraukan & Dikutuk, Bell Ngasri Tak Pernah Simpan Hasad Dengki

Rezeki tak pernah salah alamat.. Congrats Bell Ngasri! Yak Yak Yey

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Wed, 8 Jun 2022

Bekas Diplomat & Anak Mengaku Tidak Bersalah Tanam 102 Pokok Ganja

Jika disabit kesalahan kedua-dua tertuduh akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam kali sebatan.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Trending Fri, 1 Jun 2018

Ragui Kesetiaan Pegawai Kerajaan – Tun M

Ini mengganggu pentadbiran PH kerana kita ingin mentadbir ikut cara kita dan juga ikut manifesto kita…

Trending Wed, 14 Jul 2021
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami…