Disindir ‘Terpaling Pearl’ Gara-Gara Kongsi Tips Fesyen, Madammu Beri Penjelasan

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu disindir netizen gara-gara memberi pandangan mengenai aksesori yang dipadankan dengan pakaian.

Memetik laporan mStar, Madammu mengatakan video yang tular di media sosial itu hanya memaparkan sedikit klip sebelum dia sempat membuat penjelasan panjang.

“Mungkin sebab video pendek yang netizen edit tu membuatkan mereka hanya melihat sedikit sahaja sedutan penerangan saya.

“Saya hanya beri pendapat peribadi yang mengatakan pearl tidak sesuai digayakan dengan pakaian denim dan hanya kelihatan cantik jika dipadankan dengan baju tradisional.

“Tak sangka pula ramai salah faham dengan kenyataan saya itu.

“Bila saya dilabel ‘Terpaling Pearl’ saya tak kisah pun sebab bagi saya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam sesuatu perkara,” katanya.

Menurut Madammu, dia memberi pandangan tersebut kerana menjawab soalan yang ditanyakan oleh pengikutnya semasa siaran langsung itu.

“Sebenarnya pada waktu itu saya sedang buat live dan ada pengikut bertanya sama ada boleh ke dia pakai seluar jean dengan kemeja-T.

“Saya pun cakap jangan pakai jean dengan pearl nanti jadi mangsa fesyen. Itu sahaja sebenarnya,” jelasnya.

Terdahulu, tular video Madammu berkongsi cara untuk menggayakan aksesori ‘pearl’ atau mutiara.

Disebabkan itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menggelarkan usahawan itu sebagai ‘Terpaling Pearl’ kerana seakan serba tahu tentang aksesori berkenaan.

Maya Basir