Categories: SelebritiTrending

“Aku Tahu Kau Nak Aku Mati & Susah!” – 8 Bulan Menderita, Syafie Naswip Dedah Jadi Mangsa Sihir?

Pelakon Syafie Naswip memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya mendedahkan dia menjadi mangsa sihir.

Menerusi hantarannya itu, Syafie menyertakan beberapa keping foto yang memaparkan kawasan rumahnya diceroboh oleh seseorang dengan meninggalkan kesan kotor serta laman rumahnya digali.

“Wahai manusia, please. Kesabaran orang ada tahapnya. Jangan sampai orang hilang rasa hormat,” tulisnya.

Dedah Syafie, situasi yang dialaminya itu telah berlarutan hampir lapan bulan dan meminta individu tersebut untuk berhenti mengganggu hidupnya dengan cara kotor.

“It almost 8 months. Macam macam benda kau hantar. Back to back. Please stop dan cari kedamaian dalam diri kau yang hilang.

“Jangan ganggu hidup orang lain. Cara macam ni tak sihat. Boleh dianggap pengecut. Diam diam orang ada batasnya,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Syafie juga mendedahkan individu yang ‘mengganggu’ hidupnya itu sering mengintip akaun media sosialnya dan orang sekelilingnya.

Malah, dia mendakwa individu itu berniat untuk melihatnya mati dan menyusahkan hidupnya.

“Aku tahu kau stalk IG aku dan circle aku untuk tahu info mana aku ada, apa aku buat.

“Aku tahu juga pun memang niat kau nak bagi aku mati dan susah. Silakan.

“Doa orang teraniaya tak pernah salah. Ingat kau pun masih punya keluarga. Gunakan umur yang ada untuk perbaiki diri. Bukan ganggu hidup orang,” katanya lagi.

Atiqah Johari