Tahniah! Fitri Haris Kini Bergelar Doktor Falsafah

Empat tahun bertungkus lumus menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), penyanyi nasyid, Fitri Haris, akhirnya berjaya pada sesi Viva Voce yang akhirnya membawa kepada gelaran Doktor Falsafah.

“Setelah bertahun-tahun lamanya dalam perjuangan dan perjalanan penuh berliku, saya berjaya dalam sesi Viva Voce (lulus dengan suntingan minor) untuk pembelajaran di peringkat PhD.

“Tahun ini cukup bermakna buat saya kerana selain mendapat PhD, kejayaan ini diserikan dengan sambutan Aidilfitri dan sambutan hari lahir ke-35 yang disambut pada tarikh sama, 5 Jun lalu,” katanya.

Juara Gema Gegar Vaganza 2018 itu sebelum ini pernah meluahkan hasrat mahu ‘memberi semula’ ke dalam bidang muzik nasyid sebaik saja lulus PhD.

Antara perancangannya adalah membuat pembentangan kajian mengenai genre nasyid di kalangan penggiat muzik tempatan.

Pembentangan itu dijangka dibuat dalam bentuk konsert yang menghimpunkan ramai penggiat nasyid tempatan baru dan lama pada Julai depan.

Imbas kembali, Fitri menyambung pengajian ke peringkat PhD di Universiti of Nottingham di United Kingdom dalam bidang Musicology pada tahun 2015.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal