Categories: HiburanSelebriti

Tiada Niat Buka Cerita Lama, Siti Nordiana Perjelas Hubungan Cinta Bersama Arwah Achik Spin – “Ini Bukanlah Sesuatu Yang Baru…”

Penyanyi Siti Nordiana tampil memberikan penjelasan berkenaan hubungan cintanya bersama, Allahyarham Achik Spin.

Penjelasan itu telah dibuat oleh Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana selepas tular video temubualnya bersama seorang penyampai radio, baru-baru ini.

Memetik laporan Media Hiburan, Nana tiada niat membuka kembali kisah lama namun dia terbuka untuk berkongsi perkara tersebut apabila ditanya ketika sesi temubual itu berlangsung.

“Sebenarnya, ceria tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.

“Sebab saya sendiri pernah kongsinya dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya.

Tambah Nana, arwah Achik merupakan rakan duet yang paling serasi dengannya sehingga berjaya menghasilkan dua buah album bersamanya.

“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat.

“Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.

“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” jelasnya.

Sumber: Media Hiburan

Fatin Nurain