Featured By: Maya Basir February 28, 2023 @ 9:32pm

“Jujurnya Saya Takut” – Disangkakan Sakit Gastrik, Zulin Aziz Terpaksa Menjalani Pembedahan Segera

Pelakon Zulin Aziz memohon orang ramai untuk mendoakan agar pembedahan yang akan dia jalani berjalan lancar dan dipermudahkan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia menghidapi penyakit apendiks dan batu hempedu dimana perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Menurutnya, dia mengakui takut dan masih belum bersedia untuk melakukan pembedahan tersebut kerana pada awalnya dia menyangka hanya sakit gastrik.

“Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu.

“Doakan saya semoga selamat & dipermudahkan segala urusan yaa?

“Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar.

“Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Sherry Alhadad, Dayana Roza, Feeya Iskandar turut mendoakan agar pembedahannya berjalan dengan lancar.

“Semoga dipermudahkan segalanya & dikurniakan kesembuhan secepat mungkin. Aamiin.

“Get well soon Zulin.

“Moga diberikan kesembuhan segera,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jun 2021

Kempen Kibar #BenderaPutih, Isyarat Anda Perlukan Bantuan – “Kita Tolong Mana Yang Termampu”

Kempen kibar #benderaputih ni inisiatif yang not bad jugak kan? Syabas!

Featured Sun, 19 Apr 2020
Eat Travel Fri, 2 Aug 2019

Sedap dan sihat, cuba buat snek churro dengan teknik bakar

Jika anda jaga badan, anda boleh makan tanpa rasa bersalah.

Hiburan Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Moga dipermudah segala urusan Rock Queen kita! ❤️