Sihat By: tex_admin April 30, 2019 @ 4:21pm

Inginkan payudara yang cantik dan terbentuk? Koleksi Musim Bunga/Panas Triumph 2019 ada jawapannya!

Payudara yang cantik dan terbentuk adalah impian setiap wanita.

Ia diibaratkan sebagai mahkota berharga yang dimiliki oleh golongan Hawa dan memerlukan penjagaan yang khusus supaya ia kekal menawan sepanjang masa.

Pemilihan coli adalah aspek yang penting dalam memastikan payudara tampak menarik.

Triumph International menawarkan Koleksi Musim Panas/Bunga 2019 yang menampilkan tiga aras bra jenis push up yang akan memberikan kesan yang menggoda dan seksi.

Menurut Julie Chew, Pengurus Servis dan Latihan Triumph Malaysia dan Singapura, coli yang sempurna dapat menampung payudara dan selesa untuk dipakai.

Bagi koleksi Aqua ini, ia mempunyai tiga aras push up yang juga koleksi terlaris bagi jenama Triumph ini.

Beri kesan anjal

Menariknya, ia mengandungi minyak bayi, udara dan silikon yang membantu coli ini untuk memberikan kesan yang lebih anjal kepada payudara.

Selain itu, ia tidak mempunyai besi tetapi masih mampu menampung payudara melalui fungsi dawai ajaibnya.

Terdapat tiga jenis coli dalam koleksi ini iaitu Aqua Lily Natural, Aqua Lily Extra dan Aqua Lily Ultimate Magic Wire.

Foto: NSTP

Rekaan yang menarik

Bagi Aqua Lily Natural, ia mempunyai rekaan bahagian belakang unik dan indah.

Ia boleh dipadankan dengan sebarang pakaian dan pad yang terdapat pada mangkuk coli ini adalah fleksibel.

Ini kerana, ia boleh dikeluarkan mengikut citarasa si pemakai.

Aqua Lily Extra mempunyai garis leher V yang tajam dan memberikan ilusi yang menggoda kepada si pemakai.

Tujuannya adalah bagi meningkatkan kesan push up. Selain itu, ia dihiasi dengan sulaman bunga dan jaringan pada sisi coli yang cantik.

Akhir sekali, Aqua Lily Ultimate Magic Wire adalah coli jenis push up yang paling maksimum.

Foto: NSTP

Fleksibel

Pad yang terletak pada bra boleh dikeluarkan dan mempunyai dawai yang lembut. Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan dawai yang terkeluar daripada soketnya dan menyakitkan badan sendiri.

Tahan lama

Ia juga boleh bertahan sehingga tiga tahun! Coli normal kebiasaannya bertahan selama sembilan hingga 12 bulan.

Inovasi dari segi bahan yang diaplikasikan oleh Triumph memberikan jangka masa yang lebih panjang kepada coli yang dihasilkan.

Jika anda berminat, ia boleh didapati pada harga  RM209 sehelai manakala rangkaian seluar dalam adalah pada harga RM79.90 ke RM89.90 sehelai di mana-mana kedai pakaian dalam Triumph.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Mon, 24 Dec 2018

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Ubat-ubat ini boleh beli di farmasi berdekatan.

Sihat Wed, 27 Jun 2018

Ini Tip Elak Keracunan Makanan Ketika Kunjungi Open House

Kalau tak nak terkena keracunan makanan, ikuti 3 tip ini!

Sihat Tue, 18 Sep 2018
Sihat Wed, 26 Dec 2018

Inilah Cara Untuk Bezakan Antara Sakit Kepala Biasa & Migraine

Kenal pasti jenis sakit kepala supaya ia boleh dirawat secara efektif.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Leceh betul bila ia berlaku sebab susah nak bernafas!

Sihat Tue, 15 May 2018

Ikuti 3 Tip Ini Supaya Anak Anda Mula Biasakan Diri Dengan Memakan Makanan Sihat

Obesiti kanak-kanak semakin serius sekarang ini, jadi buat pilihan bijak ketika menghidangkan makanan.

Sihat Thu, 9 May 2019

Berita baik untuk anda yang suka tidur! AIA Vitality akan beri ganjaran untuk tidur

Tidur yang mencukupi penting untuk kesejahteraan hidup

Sihat Tue, 4 Sep 2018

Nicotine Replacement Therapy Boleh Bantu Perokok Untuk Berhenti Merokok

Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga tergolong dalam perokok tegar!

Featured Fri, 20 Mar 2020

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Apa-apa pun, utamakan kebersihan!