Sihat By: Yanie Baharom August 23, 2018 @ 1:00pm

Kembalikan Payudara Zaman Perawanmu Dengan Melakukan Senaman Ini

Memiliki payudara yang besar, anjal dan mengkal, menjadi dambaan setiap wanita selain tarikan buat para suami. Untuk memilikinya dengan cara paling pintas, kebanyakan wanita akan melakukan pembedahan atau suntikan membesarkan buah dada misalnya ‘breast implants’ atau silikon.

Jika di Barat atau kalangan bukan Muslim, ia sememangnya tidak menjadi masalah. Namun sebagai seorang Muslim, perbuatan mengubah ciptaan Tuhan sememangnya haram di sisi Islam.

Sedikit informasi buat pembaca, kejadian payudara terjadinya daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara anda.

Justeru terdapat beberapa contoh amalan senaman yang  dilakukan anda untuk memperoleh buah dada yang tegang dan besar!

Akan tetapi jangan terlalu ghairah atau berharap buah dada anda boleh menjadi seperti Pamela Anderson, kerana senaman otot  pectoral, sekadar membantu menegangkan payudara termasuk memberi ilusi payudara yang lebih besar.

1. Chest Press

Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.

Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.

www.popsugar.com

2. Push Up Pectoral atau Plank

Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu anda. Sekarang, cuba angkat badan anda ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. Ulang untuk 5 set.

www.goredforwomen.org

3. Dumbbell Pullover

Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada anda. Dengan perlahan, gerakkan tangan anda ke belakang kepala sejauh yang anda boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada anda. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. Lakukan 3 set juga.

http://ordinaryfashionistas.blogspot.my

4. Pec Deck Flyes

Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda.

Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.

Di rumah? Kalau tiada peluang untuk ke gym, anda boleh lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, anda boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain.
 

www.youtube.com

5. Dips Bench atau Kerusi

Senaman dips ini memang bagus dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah). Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah.

Untuk senaman di kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. Sekarang bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah. Pulang ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu.

wallpapershome.com

Sumber: Kevin Zahri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Apr 2020
Sihat Thu, 23 Jan 2020

Ibu yang ‘mentekedarah’, anak yang terima akibatnya

Bukan tak boleh, tapi minumlah secara berpada-pada

Featured Mon, 3 Sep 2018

Jangan Tidur Dengan Gaya Ini Jika Tak Nak Nampak Lebih Tua

Gaya tidur pun boleh buatkan kulit muka anda berkedut!

Sihat Thu, 28 Jun 2018
Sihat Thu, 26 Sep 2019
Sihat Thu, 13 Sep 2018
Sihat Tue, 4 Sep 2018

Jika Anda Kembali Ke Pangkuan Kekasih Lama, Kesihatan Mental Anda Akan Terjejas. Biar Betul?

Jika anda nak get back together dengan ex, baca artikel ini dulu!

Sihat Fri, 25 May 2018

5 Snek Sihat Yang Boleh Kembalikan Tenaga Anda Selepas Penat Bersenam

Kalau anda rasa macam nak pengsan dari kepenatan, cuba makan snek ini.

Sihat Wed, 10 Jul 2019

Enak dimakan, boleh kurus pula tu!

Jom mulakan pagi dengan sarapan enak di dalam balang setiap hari!

Sihat Wed, 8 Apr 2020