Sihat By: Yanie Baharom April 11, 2019 @ 10:00am

Kenali komplikasi dialami si manja melalui warna najis ini!

Pastikan perut anda kosong ketika membaca artikel ini, mana tahu anda seorang penggeli! 

Bagaimanapun, informasi yang ingin dikongsikan ini adalah penting untuk diketahui ibu bapa terutamanya bagi mereka yang baru menimang cahaya mata. 

Topik yang ingin diperkatakan hari ini berkaitan warna najis, yang bakal mendedahkan sama ada bayi anda mendapat khasiat dan nutrisi yang mencukupi atau sebaliknya.

Untuk memudahkan kerja ibu, ini antara 9 warna najis dan tahap kesihatan bayi yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia di satu laman web. 

 

1. Warna hitam/hijau gelap

 

Minggu terawal kelahiran bayi, anda mungkin mendapati najis bayi berwarna hitam (atau hijau kehitaman) dan sedikit melekit. 

Jangan panik kerana warna najis dan tahap kesihatan bayi ketika ini masih normal. Najis warna hitam ini dipanggil meconium dan terhasil daripada bahan yang bayi anda telan sewaktu dalam uterus, seperti sel-sel kulit, mukus dan cecair amnion.

Tiada apa yang perlu anda bimbang mengenai meconium yang menyebabkan tahi hitam.
Beberapa sebab lain yang menyebabkan najis bayi kehitaman adalah kerana bayi anda  menyalurkan darah dalam najisnya.

2. Warna kuning mustard/coklat

Bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan mempunyai najis berwarna seperti ini dalam tekstur cair atau seperti doh.

Ada kalanya, ia didatangi bersekali dengan biji seakan biji sawi, namun jangan keliru antara najis bayi yang menyusu badan dan minum susu formula. 

Najis bayi yang  menyusu badan tidak busuk, malah normal jika bayi tidak berak selama 10 hari (tapi kurang dari 14 hari) berada dalam keadaan sihat, tidak meragam, tidak muntah dan aktif seperti biasa.

3. Warna kuning-coklat

Najis bayi yang minum susu formula akan berwarna kuning kecoklatan dan bertekstur seperti peanut butter

Najis ini juga berbeza daripada najis #2 kerana ia lebih besar dan lebih busuk. Bayi wajib berak sekali sehari kerana jika tidak, mereka akan terkena sembelit.

4. Warna-warni

Jika bayi anda memproses najis berwarna seperti yang disebutkan, itu bermakna makanan si kecil tidak dihadam dengan betul.

Perkara ini hanya berlaku jika jenis makanan itu tidak dapat dicerna atau dipecahkan dengan baik, malah ada jenis makanan yang bergerak dengan pantas melalui usus bayi.

Anda mungkin melihat ini lagi jika si manja anda sangat gemar makanan yang diberikan sehingga dia tidak mengunyah dengan sepenuhnya sebelum dia menelan makanan berkenaan.

5. Warna hijau

Warna ini boleh terjadi pada bayi yang diberi makanan tambahan zat besi untuk menambah darah. 

Ia juga mungkin terjadi pada bayi yang baru mula diperkenalkan makanan pejal. Bau najis ini sedikit busuk dan ia agak pekat.

6. Warna oren/kuning/coklat

Jika najis bayi ini cenderung sedikit berair, ia bermaksud si manja anda terkena cirit-birit. Najis ini juga sering terbocor keluar daripada lampin bayi. Cirit-birit pada bayi harus diambil serius kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. 

7. Warna merah

Najis yang berwarna kemerahan dan sedikit hitam boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan. Ia mungkin disebabkan luka atau darah daripada puting ibu. 

Ataupun jika bayi diberi makan ubi bit, tapi ibu tidak perlu berasa panik. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan berbincang dengan pakar laktasi. 
Beritahu doktor cara penyusuan anda terhadap bayi. 

Jika anda tidak pasti bagaimana boleh terjadi najis bayi anda berdarah, segera bawa bayi berjumpa doktor. Ia mungkin kerana alahan (pada susu formula), jangkitan bakteria atau luka di dubur bayi.

8. Warna putih

Warna najis putih agak luar biasa dan jarang berlaku. Najis mendapat warna daripada hempedu, jadi ketiadaan hempedu menyebabkan najis kehilangan warnanya, seolah warna putih kapur sahaja.

Najis putih juga mungkin petanda masalah pundi hempedu atau hati, oleh itu bawalah bayi anda berjumpa doktor jika anda mendapati najisnya berwarna sebegini.

9. Najis keras

Najis keras akan menyebabkan bayi sukar  membuang air besar. Antara tanda najis keras ialah najis keluar berketul seperti batu.

Bayi pula akan kerap mengalami kembung perut dan meragam. Anda akan nampak bayi seakan meneran dengan kuat ketika ingin membuang air besar. 

Ini sama ada kerana bayi terkena sembelit, baru belajar menikmati makanan pejal, alahan pada susu formula, kurang air atau kurang serat.

 

Sumber artikel dan gambar: The Asian Parents

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 21 Nov 2018
Featured Mon, 18 Nov 2019

MiyoSmart daripada Hoya bantu kanak-kanak atasi rabun jauh

Pentingnya mata mendapat cukup rehat!

Featured Fri, 4 May 2018

Teknik Urutan Bahu Dan Kaki Yang Gerenti Melegakan Pasangan Dan Buat Mereka Semakin Sayang!

Bila suami penat pulang dari kerja, bantu dia berehat dengan memberikan urutan yang relaxing ini.

Sihat Tue, 5 Nov 2019

Nak hidup lama? Kajian kata ‘jangan banyak berfikir’

Lebih aktif otak anda berfikir, lebih pendek jangka hayat anda.

Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Featured Mon, 13 Apr 2020

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Fasa tiga PKP penting bagi hentikan COVID-19

Featured Wed, 27 May 2020

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Kenali jenis kulit wajah, elak makan berminyak

Featured Wed, 11 Mar 2020

Ustaz Don Daniyal kongsi cara rawatan penyakit mental mengikut Islam

Forum Mini Kesihatan Mental, inisiatif yang bagus anjuran SofeaRose

Sihat Wed, 16 May 2018

5 Elemen Alam Dan Makanan Multiwarna Yang Bermanfaat Untuk Organ Dalaman

Makanan berasaskan lima warna ini iaitu merah, kuning, hijau, putih dan hitam dikatakan mempunyai kaitan dengan 5 elemen alam dan ia sangat bermanfaat untuk organ dalaman seseorang. 

Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!