Sihat By: Yanie Baharom May 16, 2018 @ 11:31am

5 Elemen Alam Dan Makanan Multiwarna Yang Bermanfaat Untuk Organ Dalaman

Makanan berasaskan lima warna ini iaitu merah, kuning, hijau, putih dan hitam dikatakan mempunyai kaitan dengan 5 elemen alam dan ia sangat bermanfaat untuk organ dalaman seseorang. 

Makanan multiwarna penting dalam dunia perubatan dan kulinari Tiongkok, yang percaya bahawa warna yang disebutkan berkaitan dengan organ yakni jantung, limpa, hati, paru dan ginjal. Warna berkenaan juga disebut sebagai elemen alam iaitu api, tanah, kayu, air dan logam.

Ahli perubatan Tiongkok, Dr. Ming Zhou berkata, penting mencapai keseimbangan tubuh yang harmoni dengan alam. Inilah sebabnya kaitan warna dan organ dengan kelima-lima elemen ini sangat penting.

Putih (Logam)

Makanan berwarna putih memberikan perasaan yang bersih dan memurnikan paru-paru. Ia bagus untuk emosi dan penglihatan. Contoh makanan ialah cendawan, lobak putih, bunga kubis dan bawang merah.

Foto: delicious

Hijau (Kayu)

Hijau adalah warna kehidupan dan memiliki pengaruh yang kuat terhadap hati. Lagi pula makanan berwarna hijau adalah sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Contoh makanan hijau misalnya bayam, anggur hijau dan brokoli.

Foto: well being secrets

Hitam (Air)

Warna hitam berhubungan dengan ginjal. Ginjal adalah organ yang boleh menyebabkan kematian jika tidak menjaga kesihatan. Contoh makanan ini misalnya cendawan hitam, kulat, timun dan beras hitam.

Foto: Livestrong

Merah (Api)

Warna merah mempengaruhi jantung. Pengambilan lebih banyak makanan berwarna merah membantu sistem kekebalan tubuh dan mencegah flu. Contoh makanan berwarna merah misalnya epal merah, strawberi, cherry dan tomato.

Foto : www.10.tv

Kuning (Tanah)

Warna kuning berkaitan dengan limpa. Limpa berfungsi mengubah dan menyalurkan tenaga daripada makanan dan minuman ke seluruh tubuh. Contoh makanan berwarna kuning misalnya jagung, lada benggala kuning, tembikai kuning dan nanas.

Foto: Style Craze

Sumber : InTrend 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 May 2018

Jangan Biarkan Panau Bermaharajalela. Amalkan Cara Semula Jadi Ini

Tak tahu cara nak hilangkan panau? Ikuti cara semula jadi ini.

Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

Featured Fri, 15 Jun 2018

Rupanya 4 Punca Ini Yang Buatkan Anda Kerap Sakit Belakang. Sila Ambil Tahu!

Jangan ambil mudah dengan masalah sakit belakang yang kerap. Ketahuilah puncanya!

Featured Fri, 25 May 2018

Tembikai Susu Sejenis Buah Murah Namun Banyak Khasiatnya Selain Enak Dimakan

Dimakan enak, dibuat sebagai pewangi kereta juga membangkit aroma yang menyenangkan.

Sihat Fri, 24 Aug 2018
Sihat Thu, 26 Apr 2018

Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Atasinya

Seksanya rasa sakit tumit ketika hamil. Ini cara nak atasinya.

Featured Tue, 19 Mar 2019

Senaman Tabata Buat Lemak Anda Menangis

4 minit Tabata sama seperti 40 minit berjoging!

Featured Wed, 28 Nov 2018

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Cuba tahan rasa geli-geleman apabila membaca artikel ini ya!

Sihat Wed, 11 Jul 2018

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sila bersihkan alat permainan anak dengan kerap!

Sihat Tue, 24 Jul 2018