Sihat By: Yanie Baharom May 16, 2019 @ 5:37pm

Suntikan O-shot atau vampire, mampu buat wanita cepat klimaks!

Sudah menjadi lumrah dalam hubungan intim pasangan, isteri atau wanita lebih sukar untuk memulakan langkah pertama dalam hubungan seksual. Perasaan malu mereka lebih tebal dan hanya menanti si suami yang memulakan langkah pertama.

Bagaimanpun, ada sesetengah wanita yang melakukan hubungan intim dengan suami hanya sekadar memenuhi kehendak atau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sifat sebegini harus dijauhi kerana boleh membawa kepada kehancuran rumahtangga kerana apa yang dilakukan oleh isteri tidak ikhlas dan tidak mengikut kemahuannya.

Foto: Steemit

Isu wanita tidak mencapai klimaks sering dipandang sebagai isu terpencil. Topik seperti ini biasanya menjurus kepada masalah yang dihadapi lelaki saja.

Bagaimanapun, statistik daripada Planned Parenthood mendapati hampir 30 peratus wanita sukar untuk mencapai klimaks apabila mereka melakukan hubungan intim.

Baru-baru ini, seorang doktor pakar telah mencipta sesuatu yang unik untuk membantu wanita mencapai klimaks dengan mudah.

Dr Charles Runels dari Alabama telah mencipta O-shot atau suntikan vampire yang dikatakan mampu membantu wanita.

O-shot atau suntikan vampire dilakukan dengan mengambil plasma yang kaya dengan platelet daripada darah wanita yang kemudiannya akan disuntik di klitoris (biji kelentit) dan siling vagina.

Foto: doctor luis montalván

Prosedur suntikan vampire ini dikatakan mampu meningkatkan pelinciran dan tahap sensitiviti vagina, maka wanita akan lebih mudah mencapai klimaks atau orgasma.

Hampir 20,000 orang wanita telah mendapatkan suntikan vampire ini yang berharga antara RM5,000 hingga RM6,500  bagi satu prosedur.

Sehingga artikel ini ditulis dikatakan hampir 500 pengamal perubatan di Amerika Syarikat yang sudah dilatih, layak menjalankan prosedur terbabit. Tapi adakah ia benar-benar berkesan?

Ramai pengamal perubatan menolak kejayaan suntikan itu, namun kebanyakan wanita yang menjalani prosedur suntikan vampire itu pula bermati-matian mengatakan ia berkesan.

Begitupun, prosedur terbabit masih belum diuji secukupnya atau diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) meskipun kajian menunjukkan kaedah itu sudah mencapai kadar kejayaan sebanyak 85 peratus.

Suntikan vampire ini juga dikatakan mampu membantu pesakit yang rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin, sama ada kerana penyakit tertentu atau kerana situasi selepas bersalin.

Paling penting, wanita yang mencapai kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin, biasanya bebas daripada tekanan atau masalah emosi.

Agak-agak suntikan O-shot atau Vampire ini sudah ada di Malaysia atau belum?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 5 Sep 2018

Anti Vaksin? Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Fri, 10 May 2019
Sihat Wed, 12 Sep 2018

Anak Anda Asma? Ajar Mereka Cara Menangani Serangan Asma

Anda boleh membantu anak anda mengelak serta mencegah serangan asma.

Featured Mon, 12 Nov 2018
Featured Mon, 3 Sep 2018

Jangan Tidur Dengan Gaya Ini Jika Tak Nak Nampak Lebih Tua

Gaya tidur pun boleh buatkan kulit muka anda berkedut!

Sihat Fri, 29 Mar 2019

Tanda-tanda leukemia dalam kalangan kanak-kanak

Gajalanya lebih kurang sama dengan penyakit biasa, jadi hati-hati ya!

Sihat Thu, 23 Jan 2020

Suka kunyah ais macam keropok, itu petandanya ‘sakit’

Perbuatan ini dikaitkan dengan anemia

Sihat Sun, 17 Jun 2018

Ketahui 6 Khasiat Barli Yang Bagus Untuk Kesihatan Anda

Ketahuilah bahawa barli sangat berguna untuk kesihatan anda!

Featured Fri, 11 Oct 2019

Golongan berisiko menghidap kanser payudara? Anda salah seorang daripadanya!

Bersama tingkatkan kesedaran risiko kanser payudara