Sihat By: Ad Ops October 18, 2018 @ 4:15pm

Tanda-Tanda Kanser Ovari Yang Ramai Wanita Tidak Sedar

Kanser ovari atau kanser rahim merupakan antara kanser yang paling biasa berlaku di dunia. Ia boleh dikatakan sebagai ‘pembunuh senyap’ memandangkan penyakit ini begitu cepat meragut nyawa tanpa menunjukkan sebarang tanda serius.

Mungkin ramai yang tidak tahu, kanser rahim merupakan salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu.

Foto: newtownbee.com

Namun, menurut kajian dari Target Ovarian Cancer, hampir 99% wanita tidak sedar tentang tanda atau simptom penyakit ini.

Jom ketahui tanda-tanda kanser ovari agar anda boleh mengesan dan merawatnya daripada awal.

1. Haid tidak teratur dan banyak

Jangan pandang enteng sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.

Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk ini juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim dan menopaus.

2. Sakit seakan senggugut

Sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit.

Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.

Foto: Sunrise Hospitals

3. Pendarahan selepas menopaus

Berlakunya pendarahan selepas menopaus merupakan antara simptom yang paling jelas seseorang itu mungkin menghidap kanser ovari.

Datang haid selepas menopaus bukan sesuatu yang perlu diambil ringan. Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius.

Kalau dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4!

4. Kerap buang air kecil

Gejala ini merupakan satu tanda bagaimana kanser ovari menjejaskan pundi kencing wanita. Perkara ini berlaku kerana bahagian abdomen wanita akan menolak organ yang berhampirannya, termasuklah pundi kencing.

Disebabkan itu, anda akan rasa terlalu kerap nak ke tandas selain rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. Ingat, jika berlarutan lebih dua minggu, jangan malu untuk berjumpa doktor walaupun ia mungkin disebabkan faktor penyakit lain.

Foto: verywellhealth.com

Selain tanda-tanda di atas, anda juga perlu alert dan ambil berat jika terdapat simptom seperti perut kembung dan mudah kenyang, sembelit, rasa loya, bahagian abdomen dan kaki membengkak, mudah letih, nafas singkat serta jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat.

Justeru, jika anda alami simptom-simptom di atas, jangan ambil mudah dan segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.

Ujian saringan awal boleh dilakukan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Terdapat satu ujian darah iaitu CA-125 yang boleh digunakan untuk mengesan paras CA-125 (sejenis protein yang parasnya meningkat di sel-sel ovari yang mengalami kanser).

Pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui vagina dan pemeriksaan pelvik juga mesti dilakukan agar mendapat keputusan yang lebih tepat.

Sumber: The Asianparent Malaysia & SirapLimau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Sep 2019

Ketahui keburukan jika terlalu kerap minum kopi

Anda pengemar kopi? Kurangkan selagi boleh

Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Tue, 7 May 2019

Mahu cantik dan langsing di pagi raya, jom bersenam ketika bulan puasa!

Siapa kata bersenam ketika Ramadan tidak boleh

Featured Fri, 22 May 2020

‘Diracun’ setiap hari, macam mana anak nak pintar!

Jangan turutkan sangat kehendak si kecil

Featured Wed, 27 May 2020

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Kenali jenis kulit wajah, elak makan berminyak

Featured Thu, 19 Dec 2019
Sihat Wed, 8 Jul 2020
Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 27 May 2019