Sihat By: tex_admin March 22, 2019 @ 4:06pm

Tiga perkara anda perlu tahu mengenai praeklampsia yang terjadi kepada ibu hamil

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Praeklampsia atau pernah digelar sebagai tozemia adalah keadaan yang dialami oleh wanita yang sedang hamil. Ia terjadi apabila wanita hamil mempunyai tekanan darah tinggi walaupun tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

Wanita yang mengalami praeklampsia ini juga akan mempunyai kadar protein yang tinggi dalam air kencing mereka serta sering mengalami bengkak pada kaki dan tangan. Keadaan ini akan berlaku pada akhir kehamilan tetapi ia juga boleh terjadi lebih awal.

Jika tidak dirawat segara, ia boleh membawa kepada eklampsia yang akan menyebabkan risiko lebih tinggi kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Dalam kes terpencil, ia boleh membawa maut. Seseorang yang mempunyai praeklampsia dan mengalami sawan akan didiagnos sebagai eklampsia.

Foto: Reader’s Digest

Berikut adalah lima perkara yang anda patut tahu mengenai praeklampsia!

Tiada penawar

Anda perlu tahu bahawa tiada cara untuk merawat penyakit ini melainkan bersalin lebih awal. Walaupun setelah bersalin, simptom akan berlarutan sehingga satu hingga enam minggu.

Namun begitu, anda boleh mengelakkan simptom praeklampsia dengan berjumpa pakar sakit puan lebih kerap. Jika anda mengalaminya lebih awal, kesan jangka panjang terhadap kesihatan anda dan bayi akan menurun.

Melahirkan bayi pramatang

Praeklampsia boleh menghalang uri daripada menerima darah dan menyebabkan bayi anda menjadi kecil. Ia juga menjadi punca kelahiran bayi pramatang dan komplikasi seperti lembab dalam pelajaran, sawan babi, cerebral palsy dan tiada deria pendengaran serta penglihatan.

Foto: Baby Bjorn

Menyerang ibu hamil kali pertama

Jika anda hamil kali pertama, kebarangkalian mendapat praeklampsia adalah sangat tinggi. Selain itu, jika anda mempunyai adik-beradik dengan sejarah praeklampsia, anda juga berisiko untuk mengalaminya.

Anda haruslah berjumpa dengan pakar sakit puan dengan segera sekiranya anda mempunyai:

-Pembengkakan baru secara tiba-tiba pada tangan, wajah dan mata (bengkak pada kaki dan pergelangan kaki adalah normal semasa hamil)
-Tekanan darah tinggi melebihi 130/80
-Badan naik secara tiba-tiba dalam masa satu hingga dua hari.
-Sakit pada bahagian abdomen.
-Kencing yang terlalu sedikit.
– Sakit kepala
– Pandangan kabur

Jika anda mengalami symptom berkenaan, segeralah berjumpa dengan pakar sakit puan!

Foto: medicalnewstoday.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

Sihat Mon, 4 Mar 2019

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Wanita dan suplemen tidak boleh dipisahkan.

Sihat Fri, 18 May 2018

Ketahui 4 Jenis Teh Ini Yang Boleh Bunuh Lemak Degil Badan Anda

4 jenis teh ini boleh bantu anda untuk mengurangkan berat badan.

Sihat Wed, 11 Sep 2019

Cara penjagaan apabila memakai pendakap gigi

Kenalah tahu cara menjaga pendakap gigi apabila memakainya!

Sihat Fri, 4 Oct 2019

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Jangan ambil mudah bengkak susu

Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

Sihat Thu, 13 Dec 2018
Featured Mon, 12 Nov 2018
Featured Mon, 30 Mar 2020
Sihat Tue, 4 Sep 2018

Jika Anda Kembali Ke Pangkuan Kekasih Lama, Kesihatan Mental Anda Akan Terjejas. Biar Betul?

Jika anda nak get back together dengan ex, baca artikel ini dulu!