Trending By: SGMS Faida April 27, 2018 @ 5:43am

9 Tahun Bersama, Apek Ucap Selamat Tinggal!

“Tidak guna untuk saya terus kekal bersama pasukan jika mereka sudah tidak memerlukan khidmat saya,” demikian kata penjaga gol Kelantan yang bakal meninggalkan pasukan tersebut tak lama lagi.

Kata Khairul Fahmi atau Apek, hatinya berat untuk berbuat begitu tetapi dia tidak mempunyai pilihan apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan khidmatnya tidak diperlukan lagi di bawah jurulatih baharu, Fajer Ebrahim.

“Rabu lalu saya menemui Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) dan beliau mengesahkan bahawa saya tidak ada dalam perancangan jurulatih untuk baki musim ini.

“Beliau bercadang melepaskan saya dan memberitahu beberapa pasukan menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat saya. 

“Sebagai pemain, saya akur dengan keputusan KAFA. Jika itu yang terbaik untuk saya dan Kelantan, saya terima dengan hati terbuka,” katanya reda jodohnya dengan pasukan Kelantan setakat ini sahaja.

Bibi, dua pasukan Liga Super menunjukkan minat terhadap penjaga gol berusia 29 tahun itu dengan Melaka United sudah membuat tawaran rasmi. 

Walaupun Bibi tidak menamakan satu lagi pasukan dimaksudkan, namun jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel pernah menyatakan hasratnya mendapatkan khidmat Apek apabila pintu perpindahan kedua dibuka.

Menurut Apek, dia akan menimbang semua tawaran serta berbincang dengan KAFA terlebih dahulu sebelum membuat pilihan muktamad.

“Banyak perkara perlu saya teliti sebelum memilih pasukan yang mahu diwakili. Selain soal gaji dan kebajikan, saya mahu menyertai pasukan yang mempunyai mentaliti juara.

“Saya baru berumur 29 tahun, sebagai penjaga gol, perjalanan karier saya masih panjang dan saya yakin masih mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan yang bakal disertai kelak.

“Mungkin ada hikmah daripada apa yang berlaku. Siapa tahu prestasi serta karier saya akan lebih meningkat bersama pasukan baharu itu kelak,” kata Apek yang mula mewakili Kelantan sejak 2009.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Jan 2021

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Nana & Nubhan muncul dengan lagu duet baharu!

Trending Wed, 30 Dec 2020
Featured Tue, 31 May 2022
Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu […]

Events Sat, 14 May 2022
Trending Tue, 8 Jan 2019

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini

Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini, Pelancong Asing Turut Terlibat

Featured Thu, 11 Mar 2021
Trending Fri, 23 Apr 2021
Trending Mon, 25 Feb 2019

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Sikap rakyat Malaysia sendiri adalah antara punca perkara ini berlarutan.